Seorang Wanita Ditimpa Penyakit Misteri,Gigi Tumbuh Di Bawah Mata
http://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2016/07/seorang-wanita-ditimpa-penyakit.html
GUANGZHOU - CHINA . Seorang wanita China yang sebelum ini sering mengadu sakit di muka ketika makan terkejut selepas mendapati sebatang gigi tumbuh pada bahagian bawah matanya.
Cao Fang, 28, yang bekerja di Guangzhou berasa sakit di mukanya setiap kali makan sejak sebulan lalu sehingga memaksanya untuk makan makanan lembut seperti epal kukus, lapor People Daily Online.
Ketika mendapatkan rawatan doktor, Cao terkejut mendapati, sebatang gigi yang berukuran satu inci tumbuh di bahagian bawah matanya.
Dia dinasihatkan untuk membuat pembedahan segera bagi membuang gigi berkenaan kerana dikhuatiri akan merosakkan matanya.
Cao kemudian melakukan pembedahan di Chongqing dan menurut doktor yang merawatnya, Dr Lin, perkara tersebut berlaku kerana giginya tidak tumbuh di posisi yang betul.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI