Seronoknya Beli Emas Guna Kad Bank Orang Lain...'
http://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2016/09/seronoknya-beli-emas-guna-kad-bank.html
KAJANG - Seorang lelaki mengalami kerugian hampir RM6,000 setelah dompet miliknya tercicir di Hospital Kajang, setelah kad banknya dibelanjakan oleh seorang wanita yang tidak bertanggungjawab, Khamis lalu.
Mangsa, Md Azhari Md Zhahir, 29, hanya menyedari dompet hilang setelah mendapat pesanan ringkas (SMS) dari pihak bank yang menyatakan bahawa kad bank miliknya telah digunakan untuk membeli emas berjumlah RM2,727 di sebuah kedai emas, dan RM1,000 lagi untuk pembelian seterusnya.
Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan dompetnya pada hari kejadian, di IPD Kajang. Bagaimanapun, mereka diminta datang semula ke balai untuk memberi bukti transaksi dari bank dan juga kedai emas.
Azhari dan Nur Adibah juga berkesempatan menonton semula rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan seorang wanita bersama suami dan anak perempuan mereka mengunjungi kedai tersebut.
Keesokan harinya, Jumaat, mangsa telah pergi ke kedai emas tersebut bersama isterinya, Nur Adibah Abu Bakar untuk bertanyakan perkara itu. Dengan kerjasama kakitangan kedai tersebut, mereka telah diberikan satu salinan resit pembelian dan maklumat individu yang menyalahgunakan kad bank mangsa.
Selesai urusan di kedai tersebut, pasangan berkenaan pergi mengambil bukti transaksi di Maybank, CIMB dan BSN. Menurut pegawai Maybank, terdapat satu transkasi bernilai RM980, namun tidak berjaya kerana amaun pembelian tersebut masih 'floating' dan jika bernasib baik, mungkin boleh didapatkan kembali.
Bagaimanapun respon dari pegawai CIMB pula tidak menjanjikan apa-apa pemulangan. Malah mangsa didakwa cuai kerana tidak membuat sekatan terhadap kad bank miliknya selepas kehilangan dompet.
"Kenapalah awak tak blok, memanglah orang dapat guna. Kita tak boleh nak janjikan pulangan semula duit ini sebab awak blok selepas orang ketiga dah guna," kata pegawai CIMB berkenaan seperti yang diceritakan oleh Nur Adibah.
Namun, enggan memanjangkan cerita, tambahan badan terasa penat, mangsa hanya mendiamkan diri dan mendapatkan bukti transaksi. Begitu juga dengan pegawai BSN yang didakwanya kurang membantu.
Selesai urusan di ketiga-tiga bank, pasangan berkenaan kembali ke IPD Kajang untuk menyerahkan bukti yang dipinta. Malangnya, pegawai yang bertugas hanya menghubungi mereka melalui telefon sahaja.
Menurut pegawai berkenaan, bukti yang diberikan oleh mangsa tidak mencukupi dan mangsa diminta datang kembali dan barulah kes akan dibuka.Kecewa dengan jawapan itu, mereka pulang dalam keadaan hampa.
Setibanya di rumah, alangkah terkejutnya mereka apabila saudara suspek telah menghantar SMS yang meminta mereka menarik kembali laporan polis yang telah dibuat.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI