Tips Menarik

loading...

Kisah Cinta Sejati Di Paksa Berpisah Oleh Orang Tua Yang Mengharukan

Kisah percintaan gadis China bernama Yang Nan dengan kekasihnya Yan Hongbo. Ia dipaksa  memutuskan percitaan dengan kekasihnya, yang lumpuh. tetapi ia begitu mencintainya. 

Yang Nan yang baru berusia 23 tahun itu, rela mengabdikan diri untuk merawat kekasihnya yang lumpuh itu. Namun ibu bapa yang tak setuju. 

Gadis berusia 23 tahun itu pun mohon kepada kedua ibu bapanya agar dibenarkan menjaganya. Akhirnya, Yang dibenarkan menjaga Yang tapi dengan syarat. 

Ibu bapa yang memberikan masa baginya untuk merawat Yan Hongbo selama 3 tahun. Namun jika Yan tidak boleh berjalan lagi hingga waktu yang telah ditentukan, Yang mesti meninggalkannya dan putus hubungan sebagai kekasih. 

3 Tahun berlalu, Yan tidak juga boleh berjalan. Yang pun memohon kepada ibu bapanya agar diberikan masa lagi untuk mengajar kekasihnya itu berjalan.

Tak sanggup melihat kesungguhan anak perempuannya, ibu bapa yang akhirnya memberikan masa tambahan selama 6 bulan. Tapi tetap tidak ada harapan, tak ada tanda-tanda Yan akan berjalan seperti sedia kala.

"Aku tidak tahu apa yang perlu dilakukan, aku tahu bahawa ia boleh diubati. Tapi kami tidak mempunyai wang sekarang untuk melakukan rawatan perubatan. Kami bahkan tidak mempunyai cukup wang untuk memenuhi keperluan seharian. Kami memerlukan keajaiban," ungkapan sedih.

Masa tambahan selama 6 bulan itu pun berlalu begitu cepat, akhirnya Yang pun harus rela meninggalkan Yan yang kini hanya boleh duduk di kerusi roda.

"Aku tidak melihat ada masa depan jika Yang tetap bersamaku, dia mempunyai masa depan yang cerah di luar sana. Jika aku tidak boleh kembali berjalan, aku memintanya untuk berjanji akan melakukan apa yang ibu bapanya inginkan," ucap Yan. 
Yan yang berusia 27 tahun mengalami lumpuh dari pinggang ke bawah, selepas kemalangan motosikal yang begitu mengerikan pada tahun 2009. Yan merupakan seorang mekanik kenderaan, ketika itu sedang memandu motosikalnya di jalan licin di ketika waktu hujan. Ia tergelincir dari tebing. Yan terjatuh lebih dari 100 meter ke kawasan bebatuan di bawahnya. 

Tapi kesengsaraan Yan tidak berakhir di situ. Selepas kemalangan itu, orang tuanya bertengkar, tentang kejadian itu. Ayahnya didakwa memukul ibunya hingga penyebab kematian ibunya. Ayah Yan di penjarakan, menyebabkan Yan hidup dalam keadaan kurang upaya sendirian. 

Semasa kemalangan itu terjadi, Yan dan Yang hanyalah teman baik. Mereka bukanlah sepasang kekasih. 

Ketika Yang membaca tentang cerita Yan di akhbar, dia mengunjunginya. Melihat keadaan Yan seperti itu, Yang tak sampai hati dan ia memutuskan untuk berhenti bekerja.

Lalu Yang merawat Yan sepenuh masa. Dia menelefon ibu bapanya untuk memberitahu apa yang dilakukannya. Hingga 3 tahun lamanya sesuai izin ibu bapanya. 

Sayangnya, Yan tak boleh kembali normal dalam keadaan seperti dulu. Pasangan muda itu terpaksa berpisah. 

Meskipun Yan ingin Yang untuk tinggal bersamanya, merawatnya. Tapi dia ingin Yang mempunyai kehidupan yang lebih baik. 

Sekarang dia hanya boleh berharap ayahnya dibebaskan dari penjara untuk menjaga. Kerana ia benar-benar hidup seorang diri, tanpa kekasihnya, Yang. Yang kini sudah kembali ke rumah ibu bapanya. 

Semoga, kisah cinta mereka di kemudian hari boleh berakhir bahagia. Dan Tuhan akan memberikan keajaiban bagi mereka untuk bersatu kembali.
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Pelik 6991286178290001793

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item