Tips Menarik

loading...

KOREK HIDUNG DAN KOREK TELINGA TAK BATAL PUASA... ~ DR ASRI


Tweet yang dibuat bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkaitan dengan beberapa perkara yang tidak membatalkan puasa, yang masih mengelirukan masyarakat pada hari ini.

“Kumur, korek hidung atau telinga, titik ubat mata n sapu ubat semua itu IDAK mmbatalkan puasa.” tweet Dr Asri.

Ramai yang berpegang kepada “tak boleh nak korek hidung atau korek telinga” sebelum ini kerana mendapat didikan dulu-dulu mengatakan perkara sedemikian membatalkan puasa.

Apa yang disebut Dr Asri berkitan pecahan kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa iaitu “memasukkan sesuatu ke dalam rongga”. Tweet yang dibuat Dr Asri adalah berpandukan kepada hadis berikut;

…berlebih-lebihlah dalam memasukkan air ke dalam hidung (memasukkan secara sepenuhnya) kecuali ketika berpuasa. (Hadis Riwayat Abud Daud, no. 2366, at-Tirmidzi, no. 788, an-Nasa’e, no. 87)

Ini bermaksud bahawa memasukkan air ke dalam hidung ketika berpuasa adalah dibolehkan sama ada sengaja atau tidak, cuma janganlah berlebih-lebihan iaitu cukup sekadar membersihkan kotoran.



p/s: Wallahua’lam… Nanti kita minta penerangan lebih terperinci dari Dr Asri ye.. Kalau Azhar Idrus nak jelaskan lebih lanjut pun boleh jugak.. Hihihihi...
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 3191551445431929113

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

item