AL-RAQQAH - SYRIA . Empat ahli pasukan bola sepak dipenggal di khalayak umum oleh kumpulan militan IS selepas dituduh sebagai pengintip kepada pemberontak Kurdish. 
Portal berita antarabangsa, Metro.co.uk melaporkan antara yang dipenggal termasuk kanak-kanak.
Selepas memenggal kesemua mangsany, kumpulan militan itu juga dikatakan mendedahkan kesemua identiti dan gambar mayat mangsa.
Antara yang dipenggal adalah  Osama Abu Kuwait, Ihsan Al Shuwaikh, Nehad Al Hussen dan Ahmed Ahawakh.
Sukan terancang telah diharamakan oleh IS sejak dua tahun lalu dan sejak ia diharamkan, kumpulan tersebut sering mensasarkan serangan ke atas peminat sukan.
Minggu lepas, kumpulan itu dikatakan membunuh 13 remaja lelaki yang ditangkap menonton perlawanan bola sepak Piala Asian.