SUARA ANGIN ATAU BACA DLM HATI BATALKAN SOLAT!!!
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2016/09/suara-angin-atau-baca-dlm-hati-batalkan.html
Miss nak kongsi mengenai solat, iaitu 13 RUKUN SOLAT. Perkara WAJIB dilaksanakan ketika solat, kalau salah satu terkurang/tidak melakukannya, dikira BATAL. Rukun solat sebenarnya terbahagi kepada 3:
1. RUKUN QAWLI (sebutan yg diucapkan dgn lidah)
2. RUKUN FI'LI (perbuatan)
3. RUKUN QALBI (hati).
Ramai yang tak tahu mengenai beberapa rukun solat, terutama melibatkan rukun qawli iaitu lafaz melalui suara. Lafaz melalui suara bermaksud, sebutan bacaan dapat di dengari oleh telinga, dan bukannya suara angin atau membaca dgn dalam hati.. Suara mesti lah jelas dan tiada berselang seli dengan suara angin. Tapi jangan laa kuat sangat sampai menganggu orang lain. Cukup dapat didengari oleh telinga kita saja.
Berikut adalah rukun qawli :
- Melafazkan takbiratulihram ketika takbir
- Membaca al-Fatihah
- Membaca tahiyyat atau tasyahud akhir
- Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w ketika tahiyyat akhir
- Mengucapkan salam yang pertama ke kanan
Ketika melakukan SOLAT, ini antara 13 RUKUN SOLAT yang wajib dilaksana.
Jika tidak mampu boleh dengan duduk, jika tidak mampu juga boleh solat dalam keadaan berbaring
2. Niat
Dilakukan sewaktu mengangkat takbiratul ihram
3. Takbiratul Ihram
Mengucapkan perkataan Allahu Akbar
4. Membaca Al-Fatihah
Bermula dengan bacaan Bismillah, hingga Waladhaallin
5. Rukuk dengan Thumakninah
Membongkok 90 darjah
6. Iktidal dengan Thumakninah
Berdiri betul selepas rukuk
7. Sujud Dua Kali dengan Thumakninah
Membongkok sehingga dahi berada diatas lantai
8. Duduk Antara dua sujud dengan Thumakninah
Duduk sebentar selepas sujud yang pertama
9. Duduk Bagi Tahaiyat akhir
10. Membaca Tahaiyat Akhir
11. Membaca selawat
Membaca selawat atas junjungan Nabi Muhammad SAW
12. Memberi Salam
Memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam
13. Tertib
Mengikuti aturan, tuntunan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam solat dari rukun ini dinamakan sunat
Keterangan:
Thumakninah dalam solat adalah berhenti sejenak untuk menenangkan hati dalam rangka melakukan gerakan solat lebih lanjut
Sumber article:http://resepilesungpipit.blogspot.my/2016/08/13-rukun-solat-wajib-tahu.html?m=1
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI