Tips Menarik

loading...

JET Peribadi Keluarga Osama Bin Laden Terhempas

LONDON - BRITAIN. Beberapa ahli keluarga Osama Bin Laden terkorban dalam nahas jet peribadi terhempas di selatan England, semalam.

Dalam kejadian itu, empat orang disahkan terbunuh apabila pesawat yang berdaftar di Arab Saudi itu terhempas di kawasan lelongan kereta di Hampshire.

Kematian keluarga Osama itu disahkan oleh Kedutaan Arab Saudi di Britain.  

"Pihak Kedutaan merakamkan takziah kepada anak lelaki Mohammed Bin Laden dan saudara maranya atas kejadian insiden pesawat terhempas yang membawa ahli keluarga mereka di Lapangan terbang Blackbushe," menurut kenyataan rasmi kedutaan.

Sumber yang rapat dengan Kedutaan Arab Saudi mengesahkan ibu tiri dan adik perempuan Osama antara yang terbunuh dalam nahas tersebut.

Pesawat berkenaan dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Milan-Malpensa untuk ke Lapangan Terbang Blackbushe sebelum terhempas. - Press TV
Jet terhempas, keluarga Osama terbunuh
Jet peribadi dinaiki ahli keluarga Osama terhempas di kawasan lelongan kereta di selatan England, semalam
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 2525361973542850125

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item