Tips Menarik

loading...

Penantian setengah abad

Alor Setar: Wang yang dikumpul sedikit demi sedikit hasil keras membanting tulang empat kerat mengerjakan sawah bersama arwah suaminya sejak 50 tahun lalu berjaya menunaikan hajat seorang warga emas untuk menjejakkan kaki ke Makkah tahun ini.
Namun, di saat pemergiannya untuk menaiki pesawat ke Madinah menerusi Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini, semalam, Liah Awang, 85, dari Kota Sarang Semut, di sini, menitiskan air mata apabila amanat suaminya yang meninggal dunia dua tahun lalu supaya di menunaikan Rukun Islam kelima itu berjaya juga dipenuhi.
Menurutnya, dia tidak dapat menahan air mata kerana teringatkan arwah suaminya, Ibrahim Hussin, yang sanggup bekerja keras mengerjakan sawah setiap musim untuk memberikannya peluang sampai ke tanah suci.
“Hasil usaha kerja keras itu, saya menyimpan wang bersama arwah suami selama 50 tahun dan akhirnya membuahkan hasil apabila saya dapat untuk menunaikan ibadat haji.
“Wang yang dikumpul saya simpan dalam akaun Tabung Haji secara tetap bagi memastikan hajat saya tercapai. Walaupun hanya memiliki sawah padi seluas 1.5 hektar, saya percaya hasil usaha daripada titik peluh sendiri pasti memberikan keberkatan,” katanya.


LIAH menahan sebak teringatkan arwah suaminya.
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 8527164482808570369

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item