Tips Menarik

loading...

PEMANDU TEKSI RAYU PIHAK POLIS BERSIHKAN NAMANYA

 

KAJANG – Pemandu teksi yang sebelum ini ditahan reman kerana dipercayai terlibat dengan kes penculikan budak lelaki berusia lima tahun di Sungai Chua, Kajang merayu kepada pihak polis agar namanya yang telah tercemar dibersihkan.

Menurut pemandu teksi berkenaan, Hanizan Mohamed Radzi, penahanannya sebagai suspek telah memalukan ahli keluarganya.
“Anak-anak saya malu atas apa yang berlaku. Tolong, tolong bersihkan nama saya.

“Saya hanya seorang pemandu teksi, saya tidak lakukan apa-apa,” katanya seperti yang dipetik dalam mStar Online.

Hanizan membuat rayuan itu kepada pegawai polis ketika dia dibawa ke Mahkamah Majistret, Kajang untuk dibebaskan selepas ditahan reman seminggu untuk membantu siasatan.

Dia dibebaskan dengan bon polis mengikut Seksyen 49 Kanun Prosedur Jenayah.

Manakala tiga lagi suspek termasuk dalang penculikan telah didakwa di Mahkamah Kajang, pagi Jumaat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Pada 9 Oktober lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dilaporkan diculik oleh dua lelaki telah dibawa pulang dalam keadaan selamat ke pangkuan ahli keluarganya oleh seorang pemandu teksi pukul 5.35 petang, tidak sampai 24 jam kehilangannya.

Menurut Hanizan, dia terserempak dan menjumpai kanak-kanak tersebut secara kebetulan sedang merayau-rayau di tepi sebatang jalan sambil masih membawa beg sandang kecil yang berwarna hijau
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Sayu:Allhu Akhbar Sedih Lihat Jasad Sikecil Ini Ini Maut Akibat Bapa Tidak Guna Jejantas (6Gambar)

Sorang bayi maut manakala bapanya parah akibat di langgar di depan flat sri stulang pagi tadi, kemalangan ini berlaku akibat bapa dan bayi nya melintas jalan tanpa menggunakan jejantas. Apa...

'Servis Macam Sial, TM Terbangsat Di Seluruh Alam Semesta!'

Hari ini TM hubungi isteri tentang bil belum bayar. Aku boleh jawab satu sajalah, TM terbangsat di seluruh alam semesta ini. Kau memang muthfukar. Servis macam sial pun aku bayar juga pasal impor...

BERDOSA TAK BAYAR ZAKAT MELALUI BADAN KERAJAAN

Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Datuk Che Mat Che Ali menegur tindakan pihak yang tidak membayar zakat melalui pusat zakat yang disediakan kerajaan....

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item