Tips Menarik

loading...

Ya Allah ! Akhirnya Mayat Murid Orang Asli Ditemui Dalam Keadaan MENGERIKAN !


Gua Musang: Mayat budak perempuan berusia 7 hingga 9 tahun, dipercayai seorang daripada murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu ditemui dalam Sungai Perias berhampiran Pos Tohoi, di sini, kira-kira 7 malam tadi.

Mayat itu ditemui seorang penduduk kampung yang kemudian memaklumkan kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menjalankan operasi mengesan tujuh murid Orang Asli itu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan penemuan mayat itu dan memberitahu mayat ditemui kira-kira 500 meter daripada pusat operasi SAR di Pos Tohoi.

"Pasukan menyelamat mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan mayat yang tersangkut pada ranting kayu dekat celah batu.

"Petugas juga berdepan kesukaran kerana air sungai yang deras dan dalam," katanya ketika ditemui di Hospital Gua Musang (HGM) di sini, hari ini.

Mayat yang mereput dan bengkak itu dihantar ke HGM untuk bedah siasat dan proses pengecaman akan dilakukan pagi esok.

"Belum pasti lagi sama ada mayat ini adalah seorang daripada tujuh murid Orang Asli yang hilang itu. Kena tunggu bedah siasat," katanya.

Pada 23 Ogos lalu, tujuh murid SK Tohoi lari dari asrama kerana bimbang dimarahi pihak sekolah kerana mandi di sungai.

Ketujuh-tujuh murid yang hilang ialah Mirsudiar Aluj (11); Noreen Yaakub (10); Ika Ayel (9); Sasa Sobrie (8); Haikal Yaakub (8); Linda Rosli (8) dan Juvina David (7).

MAYAT seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam Sungai Perias, berhampiran Pos Tohoi, di Gua Musang, dibawa ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat. Mayat berkenaan yang ditemui seorang penduduk kampung, dipercayai seorang daripada tujuh kanak-kanak Orang Asli yang hilang dalam hutan itu lebih sebulan lalu. - Foto Ramli Ibrahim


loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

SIAPA SANGKA WARGA EMAS BERUMUR 74 TAHUN INI SUDAH TINGGAL SEORANG DIRI DI DALAM HUTAN LEBIH 30 TAHUN

Kuala Lumpur: Siapa sangka dalam kepesatan pembangunan di ibu kota, masyarakat terlepas pandang penderitaan seorang warga emas yang tinggal bersendirian dalam hutan kecil di belakang kawasan perumahan...

SAMBUTAN TAHUN BARU BERDARAH, 35 TERBUNUH, 48 CEDERA KERANA REBUTKAN WANG PALSU

SHANGHAI: Sambutan Ambang Tahun Baru 2015 di China bertukar tragedi malam tadi apabila 35 orang dilaporkan terbunuh manakala 48 lagi cedera dalam satu kejadian orang ramai bersesakan di Shanghai, Chin...

WARGA EMAS 79 TAHUN DITEMUI MATI DALAM KEADAAN HANYA MEMAKAI BAJU YANG DISELAK KE ATAS

Ipoh: Seorang wanita warga emas ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dengan pisau masih terpacak di leher di kediamannya di Jalan Hospital, di sini lewat malam tadi. Dalam kejadian 11.30 mala...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item