"Mana Ada Kami Belajar, Kami Tengok TV Jer.." -Luahan Kanak-Kanak Tahfiz Amal.
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/07/mana-ada-kami-belajar-kami-tengok-tv.html
Sebelum ini, kami ada bongkarkan tentang penipuan sindiket didalangi "orang besar" atau digelar juga "kebal undang-undang" kerana sehingga kini, sindiket penipuan mengutip derma menggunakan kanak-kanak di seluruh semenanjung Malaysia yang berselindungkan nama "TAHFIZ AMAL" dan juga "YAYASAN HANG TAWI" masih beroperasi berleluasa.
Pada 3 Syawal lepas, admin berkesempatan untuk melihat sendiri untuk menyiasat sekolah berkenaan yang bertempat di Pusat Tahfiz Amal di Km 17, Jalan Kuala Kedah-Yan. Lokasi sekolah ini terletak di sebuah kampung dan dikelilingi oleh sawah padi. Terdapat juga pantai berdekatan sekolah ini (kebanyakan yang minta derma admin selalu tanya ada laut tak di sekitar tu, tapi kebanyakan budak kecil ini jawab tak ada.)
Sesampainya di kawasan sekolah "Tahfiz" ini, admin tidak terus masuk ke sekolah berkenaan sebaliknya pergi menemu bual penduduk sekitar sekolah berkenaan. Menurut penduduk setempat yang telah tinggal di situ lebih 50 tahun, "sekolah tahfiz tu dah lama buka tapi diorang tak ada libatkan penduduk setempat dan memang tak pernah bermasyarakat dengan orang kampung ni."
Apabila diutarakan soalan betulkah sekolah ini lahirkan pelajar tahfiz selari dengan nama sekolahnya sekolah tahfiz, pakcik tersebut menjawab dengan senyuman sinis. "Setakat sejak sekolah tu dibuka belum pernah ada dengar lagi kot."
Ditanya pula tentang pelajarnya, pernah tak pakcik nampak pelajar-pelajar sekolah ini? Pakcik tersebut menjawab, "yang selalu kelihatan pada waktu malam 'guru' sekolah terbabit menghantar pelajar sekolah berkenaan menggunakan van. Pelajar yang turun pun dengan muka yang penat dan mengantuk. Bila waktu belajar pakcik pun tak tahu."
Mendengar penjelasan ini, terlintas di fikiran admin, mungkin inilah pelajar yang dibawa mengutip derma tersebut. Selesai bertemuramah dengan penduduk tersebut, admin pergi ke sekolah tersebut.
Keadaan sekolah tersebut boleh anda lihat dalam gambar yang sempat admin snap, sangat uzur. Dengan pagar yang berkarat dan hampir runtuh, tingkap kelas banyak lompong, tiada taman permainan atau padang buat pelajar, bangunan dengan cat yang luntur, pemandangan yang seolah-olah seperti stor simpanan barang yang ditinggalkan.
Iklan sekejap, admin sedang tergelak kerana sedang khusyuk admin buat artikel ini, tiba-tiba admin disapa seorang kanak-kanak menghulurkan kertas sumbangan Tahfiz amal. Haha...
Ok, bersambung kembali. admin pun memberanikan diri mendekati kanak-kanak yang bermain dengan batu tar dan pagar seperti dalam gambar. Bertanya kepada kanak-kanak tersebuat:
Admin: Kamu pelajar sini ke?
Kanak-kanak: Aah.
Admin: Kat sini belajar tahfiz ye? Boleh baca Al-fatihah tak pakcik nak dengar?
Kanak-kanak: Ye, tapi kami baru belajar iqra' je.
Admin: Owh. (dalam hati,pandai budak ni bagi jawapan selamat. tapi umur dekat 5,6 tahun duk kat sekolah tahfiz takkan tak reti al-fatihah kot...) Siapa jaga kamu semua ramai2 ni? Pakcik nak masuk dalam boleh?
Kanak-kanak: Ada warden kat dalam. Tak boleh masuk, kalau nak masuk kena tanya warden dulu.
Admin: Adik2 ni semua asal daripada mana?
Kanak-kanak: Kami semua dari KM, sebelah bukit tu.
Admin: KM tu ape dan kat mana?
Kanak-kanak: Jauh, kat belakang bukit tu... kat Thailand...
Tengah asyik bertanya soalan, tetiba ternampak seorang yang lebih besar berumur lingkungan belasan tahun menghampiri. Admin terus dengan pantas cuba mendapatkan jawapan daripada gadis itu.
Antara perkara penting yang admin tanya adalah bagaimana waktu pembelajaran kanak-kanak ini?
Jawapan dari gadis ini sangat tersusun mengatakan kanak-kanak ini akan diajar Al-Quran pada waktu pagi dan pada tengahari pembelajaran akademik pula akan berlangsung. Sejurus menjawab persoalan itu, seorang daripada kanak-kanak itu secara spontan memotong dengan mengatakan, "Mana ada kami belajar pun, kami cuma tengok TV jer..."
Sepantas kilat rakannya menepuk bahu kanak-kanak tersebut disamping diberikan jelingan tajam oleh gadis berkenaan. Kami semua terdiam lantas admin pun terus mengucapkan terima kasih kepada semua dan pantas berlalu dengan penuh persoalan.
Daripada pemerhatian admin, bolehlah disimpulkan bahawa Tahfiz Amal ini memang tidak menjalankan sekolah tahfiz yang betul untuk menhasilkan tahfiz-tahfiz muda sebaliknya hanya menjual agama untuk kepentingan sesetengah individu. Mempergunakan kanak-kanak agar orang ramai lebih kesian kepada mereka.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI