Tips Menarik

loading...

Ayah pun tak faham ke mana perginya hasil kutipan GST – Rani Kulup

Rani-Kulup
Kuala Lumpur
 – Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah mempersoalkan pendapatan yang diterima oleh kerajaan hasil kutipan cukai GST yang sepatutnya mampu mengatasi masalah kenaikan kadar tol.
“Ayah pun tak faham ke mana perginya hasil kutipan cukai GST, sebab semakin hari semakin banyak harga yang naik,” katanya, lapor The Rakyat Post.
Abdul Rani menggesa kerajaan menghentikan tindakan menaikkan kadar tol di lebuhraya terlibat sekaligus menghapuskan sistem tol.
Menurutnya, keadaan rakyat yang sememangnya sudah terbeban kerana perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), penurunan matawang negara serta ketidakstabilan harga petrol yang hanya

“Rakyat akan menjadi semakin tertekan dengan bebanan lain yang semakin meningkat. Jangan bebankan rakyat lagi, tiada sebab untuk naikkan kadar tol. Jangan sampai rakyat memberontak pasal tol.
“Kerajaan sepatutnya campur tangan dalam hal ini, harga tol tidak boleh dinaikan sesuka hati. Malaysia sepatutnya tidak perlu mengenakan sistem tol ini lagi, hapuskan terus sahaja,” katanya.
Malah katanya, kenaikan itu tidak relevan kerana masalah pengurusan tol masih dilihat tidak terurus sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama di lebuhraya-lebuhraya utama.
“Hari-hari lebuhraya penuh dengan kenderaan, jadi kenapa perlu naikkan harga tol lagi, kerajaan sepatutnya menangani masalah pengurusan tol yang semakin tidak terurus sehingga sesak lalu lintas.
“Tol di Malaysia ini tumbuh bagaikan cendawan, kiri kanan ada tol, dan bila harga tol dinaikkan lagi rakyat akan marah walaupun naik 10 sen sahaja.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 2407229165311263159

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item