PEMANDU TEKSI RAYU PIHAK POLIS BERSIHKAN NAMANYA
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/10/pemandu-teksi-rayu-pihak-polis.html
KAJANG – Pemandu teksi yang sebelum ini ditahan reman kerana dipercayai terlibat dengan kes penculikan budak lelaki berusia lima tahun di Sungai Chua, Kajang merayu kepada pihak polis agar namanya yang telah tercemar dibersihkan.
Menurut pemandu teksi berkenaan, Hanizan Mohamed Radzi, penahanannya sebagai suspek telah memalukan ahli keluarganya.
“Anak-anak saya malu atas apa yang berlaku. Tolong, tolong bersihkan nama saya.
“Saya hanya seorang pemandu teksi, saya tidak lakukan apa-apa,” katanya seperti yang dipetik dalam mStar Online.
Hanizan membuat rayuan itu kepada pegawai polis ketika dia dibawa ke Mahkamah Majistret, Kajang untuk dibebaskan selepas ditahan reman seminggu untuk membantu siasatan.
Dia dibebaskan dengan bon polis mengikut Seksyen 49 Kanun Prosedur Jenayah.
Manakala tiga lagi suspek termasuk dalang penculikan telah didakwa di Mahkamah Kajang, pagi Jumaat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.
Pada 9 Oktober lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dilaporkan diculik oleh dua lelaki telah dibawa pulang dalam keadaan selamat ke pangkuan ahli keluarganya oleh seorang pemandu teksi pukul 5.35 petang, tidak sampai 24 jam kehilangannya.
Menurut Hanizan, dia terserempak dan menjumpai kanak-kanak tersebut secara kebetulan sedang merayau-rayau di tepi sebatang jalan sambil masih membawa beg sandang kecil yang berwarna hijau
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI