Tips Menarik

loading...

Allahuakbar! Gempar Bumi Melanda Selangor Dan Johor Sekita Tadi! Cerita Sebenar Dari Mangsa Ditempat Kejadian!


mi di Indonesia dirasai di Kondominium Pelangi, Kota Bharu yang membuatkan penghuninya keluar berkumpul di perkarangan kondo. - Foto Kalbana Perimbanayagam

Petaling Jaya: Lebih kurang 50 penduduk di sekitar Taman Medan, PJS 1, PJS 2, PJS 3 dan PJS 5 di sini turut merasa kesan dari gempa bumi bermagnitud 7.9 yang melanda Sumatera malam tadi.

Laporan dari Harian Metro menyebut, ada segelintir penduduk yang mendakwa merasai gegaran kira-kira 10 malam tadi.

Laporan itu turut berkata, seorang penduduk Aidil Putra Hamzah, 25, memberitahu dia ada merasai gegaran sebaik turun dari lif di rumahnya di tingkat 11 untuk membeli makanan.

Menurut beliau, gegaran itu berlaku dalam tempoh 10 saat dan dia terkejut dengan kejadian itu kerana menyangkakan gempa bumi.

"Memang rasa pening masa berlaku kejadian itu tapi sekarang sudah okay, sekejap saja gegaran itu," katanya.


Di Kota Bharu pula, kira-kira 100 penghuni kondominium di Pelangi Mall terkejut apabila bangunan tersebut bergegar, dipercayai kesan dari gempa bumi tersebut.

Mereka berhimpun di luar kondominum berkenaan kira-kira jam 9.15 malam sebagai langkah berjaga-jaga.

Seorang penghuni, P Kalbana, 32, yang juga wartawan NST, berkata beliau berada di kediamannya ketika gegaran itu berlaku.

"Ketika itu saya sedang minum dan saya lihat gelas di atas meja bergoyang. Ia berlaku dalam 30 saat dan apabila saya keluar dari kondominium itu saya dapati ramai orang sudah berkumpul di luar," katanya yang tinggal di tingkat 12.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Kota Bharu, Zaini Bidin, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 9.38 malam tadi.

"Pihak kami membuat pemeriksaan di bangunan itu dan dapati semua penghuni sudah keluar dari kediaman masing-masing," katanya.

Bagaimanapun, katanya, keadaan adalah terkawal dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.


Sementara itu, kenyataan dari Met Malaysia menyebut, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Selangor dan Johor. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami di Malaysia.








Dalam perkembangan lain, Met Malaysia turut mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat satu lagi gegaran bermagnitud 5.0 Selatan Sumatera, 1125KM selatan Port Dickson. Gempa itu berlaku pada 11.12 malam tadi.


loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 1241927352179952069

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item