Seorang Ibu Muda Membunuh Anaknya Yang Berusia 17 Bulan Dengan Sesudu Teh Garam
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2016/08/seorang-ibu-muda-membunuh-anaknya-yang.html
SOUTH CAROLINA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang ibu dituduh membunuh anak perempuannya berusia 17 bulan dengan memberi bayi itu makan sesudu teh garam.
Peyton Martines terpaksa dihentikan alat sokongan hayat pada Rabu sehari selepas diisytiharkan mati otak, kata Koroner Spartanburg County, Rusty Clevenger.
Tuduhan terhadap Kimberly Martines, 23, dari Fingerville telah ditukar kepada tuduhan membunuh dengan melakukan penderaan kanak-kanak.
Dia sebelum ini didakwa atas tuduhan penderaan kanak-kanak.
Peguam Barry Barnette memberitahu media tempatan, Martines memberi bayi itu makan garam untuk cuba memenangi kasih sayang suaminya selepas berpisah.
'Dia pada dasarnya cuba mendapatkan perhatian suaminya dan mahu suaminya itu kembali kepadanya," kata pendakwa dipetik AP.
Bayi malang itu dimasukkan ke hospital pada Ahad.
Sementara itu, Pejabat sherif berkata, doktor memberitahu, garam menyebabkan kanak-kanak itu mendapat sawan dan demam panas
Menurut waran tangkap, pada November, pakar kanak-kanak sebelum ini bimbang kerana bayi berkenaan tidak bertambah berat badan.
Namun ibu itu mengabaikan arahan doktor yang menyuruhnya bertemu doktor pakar dan BabyNett iaitu program negeri yang membantu bayi yang lewat membesar.
Pendakwa berkata, anak kembar serta anak kedua wanita itu berada dalam perlindungan.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI