(Video)Cerita Sebenar, Mangsa Bukan Peragut Tetapi Dilanggar Sampai Mati Kerana Dendam
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2016/08/videocerita-sebenar-mangsa-bukan.html
Media tempatan semalam melaporkan seorang lelaki berusia 42 tahun maut akibat dilanggar oleh kereta dalam kejadian 2.30 pagi semalam. Penunggang motosikal terbabit didakwa telah meragut beg sandang pemandu kereta berkenaan ketika berhenti di lampu isyarat.
Bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati, wanita terbabit memberi keterangan yang bercanggahan. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga menunjukkan sebaliknya.
"Hasil daripada siasatan yang dijalankan oleh pihak polis mendapati bahawa kemalangan ini sebenarnya telah dirancang. Si mati ini telah dilanggar sebanyak dua kali oleh kereta Proton Persona ini. Akibat dari kemalangan tersebut, mangsa meninggal dunia.
"Selepas si mati ini dilanggar, kita tengok dari rakaman CCTV mendapati bahawa pemandu kereta dan seorang lagi penumpangnya telah turun dan ada aksi tindakan menumbuk pada penunggang motosikal ini.
"Selepas kejadian itu, pemandu kereta telah menunggang sebuah motosikal yang lain, berlalu pergi dari tempat kejadian," katanya.
Ekoran itu, polis telah menahan seorang wanita berusia 29 tahun yang memberi keterangan yang bercanggahan. Dia dipercayai rakan suspek dan cuba mengabui mata pihak berkuasa. Wanita berkenaan juga mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan kes pecah rumah.
Polis juga turut menahan seorang lelaki berusia 60 tahun, yang juga pemilik kereta. Dua lagi suspek yang dikenalpasti sedang diburu.
Hasil pemeriksaan awal mendapati, kejadian itu berpunca dari dendam. Mangsa tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Difahamkan, sebelum keluar dari rumah kira-kira jam 1 pagi, mangsa telah meminta wang RM20 daripada ibunya untuk membeli makanan
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI