Tips Menarik

loading...

Kumpulan ultras bola sepak Kedah menyanyikan lagu berkenaan di hadapan kira-kira 20,000 penyokong di Stadium Darul Aman malam tadi.

najib-undur
ALOR SETAR: Lagu ‘Kami nak Najib Undur’ bergema di Stadium Darul Aman ketika perlawanan persahabatan antara Kedah dan Sg Ara F.C malam tadi.
Sekumpulan anak muda ‘bersatu padu’ menyanyikan lagu itu di hadapan 20,000 penyokong bola sepak yang hadir di stadium itu.
Lagu itu dinyanyikan sekumpulan ultras bola sepak Kedah sebagai sokongan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk kekal memegang jawatan itu.
Video selama 1.56 saat itu memaparkan kumpulan berkenaan berulang kali berkata “Kami Nak Najib undur” sambil mendapat tepukan daripada penyokong yang hadir di stadium itu.
Video itu dimuatnaik di laman sosial Facebook dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna yang sebahagian besarnya menyokong kumpulan terbabit.
“Pakat satu Malaysia buat macam ini kat stadium masa ada bola,” kata Apizz Halim.
“Kalau buat tiap-tiap stadium di seluruh negara kan best,” kata Sally Melly.
“Tahniah rakyat Kedah, bermula era kejatuhan Najib bermula dari negeri Kedah. Kelahiran anak Melayu jati yang berani bersuara,” kata Rizqullah Revolusi.
Terdahulu, di hadapan 20,000 penyokong yang hadir di Stadium Darul Aman malam tadi, Mukhriz disambut penyokongnya dan mereka berarak dari luar stadium hingga ke dalam stadium.
Turut bersama Mukhriz, pemimpin PAS Datuk Mahfuz Omar dan ADUN Jitra, Aminuddin Omar yang enggan menandatangani akuan bersumpah menolak Mukhriz.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

SEORANG PESARA GURU CEDERA PARAH DITETAK PENYAMUN

Batu Pahat: Seorang pesara guru cedera di tangan dan kepala apabila ditetak seorang penyamun dalam kejadian di Kampung Parit Yaani Tengah di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, ...

PELAJAR TINGKATAN 2 DIPAKSA MINUM MINUMAN KERAS SEBELUM DIR0G0L

SABAK BERNAM – Seorang pelajar tingkatan dua bukan saja dipaksa meneguk minuman keras, malah dir0g0l seorang lelaki dan dicabul seorang lagi rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di daerah ini, awal...

WANITA DIPENJARA 298 TAHUN KERANA LAKUKAN HUBUNGAN SULIT DENGAN SUAMI ORANG

Taipei: Seorang wanita dari daerah Changhua dijatuhkan hukuman penjara 298 tahun kerana tidur dengan jirannya. Akhbar Want China Times melaporkan, wanita berusia 56 tahun itu yang dikatakan memil...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item