Tips Menarik

loading...

Warga Myanmar ajak 'jom main' dengan suri rumah

Sekadar hiasan
Tindakan lelaki Myanmar mengajak seorang suri rumah untuk melakukan hubungan seks akhirnya dibalas dengan hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Rofik Monu, 23, selepas dia mengaku bersalah menghina kesopanan T.Nanthini, 22, dengan mengeluarkan kata-kata "jom main" dengan niat untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 28 April lepas.

Tertuduh, Muhamad Rofik didakwa melakukan kesalahan itu di Blok D Pangsapuri Ketumbar, Jalan Ketumbar Off Jalan Cheras Lama, Cheras, di ibunegara pada pukul 10 malam, 28 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

- Bernama
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Rahsia Yang Sangat Mengejutkan Tersembunyi Dalam Patung Buddha Ini

Sebuah Muzium Drents yang berada di Belanda baru-baru ini menemui sebuah rahsia bahawa salah satu dari patung Buddha mereka telah menyembunyikan sesuatu yang amat mngejutkan:Sebuah patung dalam kole...

Jom Lihat Proses Menyalut Mayat Sami Budha Menjadi Emas

Mayat seorang sami Buddha (Fu Hou) yang sangat dihormati di China telah berubah menjadi patung emas empat tahun selepas kematiannya.Fu Hou meninggal dunia pada 2012 selepas menghabiskan sebahagian b...

'4 Tahun Angah Dipenjarakan Atas Kesalahan Yang Tidak Dilakukan'

Kira-kira empat tahun yang lalu, angah saya telah ditahan dan dimasukkan ke penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan. Kami lawan, tujuh kali naik turun mahkamah. Bagi semangat pada dia, tetapi...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item