Tips Menarik

loading...

Peniaga Nasi Kandar Maut Di Tembak


GEORGETOWN: Seorang tauke restoran nasi kandar maut ditembak dari jarak dekat di Jalan Datuk Keramat, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 3.30 pagi itu, Syed Amin Zainul Abidin, 46, yang memandu kereta Mercedes Benz dipercayai berhenti di depan sebuah kedai motosikal sebelum dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad, berkata seorang daripada suspek melepaskan tujuh das tembakan ke arah mangsa yang berada di tempat duduk pemandu.

Beliau berkata, empat das tembakan mengenai badan peniaga berkenaan dan satu das lagi mengenai bahagian kepala, menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi. 

Suspek juga, katanya, turut melepaskan satu das tembakan ke arah dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), yang sedang bertugas mengawal premis perniagaan berdekatan, namun tersasar.

"Siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan masih dilakukan bagi mengenal pasti motif serangan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian sebentar tadi - Bharian Online 

Admin: memang tidak dinafikan kes ini ada kaitan dengan video yang viral sebelum ini dimana mangsa telah mengamuk di kaunter JPJ kerana kereta nya telah di klon menyebabkan beliau masih mempunyai hutang saman yang belum dibayar,, hmm,, klu admin pun akan naik angin.. tapi cara dia tu agak kasar kot... apapun kita serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kes ini.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Gambar Pesalah Dicampak Dari Bangunan Tinggi

Anggota kumpulan Negara Islam (IS) didakwa membunuh seorang lelaki dengan mencampaknya dari atas bangunan kerana dia seorang gay.Melalui gambar dimuat naik di laman sesawang pertubuhan berkenaan, seku...

Air Asia Disaman Kerana Pramugari Jatuh Atas Kaki Penumpang

SINGAPURA - Seorang wanita warga Melbourne memfailkan saman terhadap syarikat penerbangan AirAsia selepas insiden pramugari terjatuh di atasnya sehingga mencederakan kaki.Erin Crocker, 36, menaiki pes...

AWAS ! Pada Yang Dah Makan Epal Jenis Ni Anda Dalam Bahaya

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat berikutan beberapa tiga kes kematian dipercayai disebabkan epal yang tercem...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item