Melayu Kempen ''I want to touch a dog''. Apa kata Ulama ?
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2014/10/melayu-kempen-want-to-touch-dog-apa.html
Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan isu kempen "I want to touch a dog". Sekurang-kurangnya 1000 rakyat Malaysia telah menghadiri kempen I Want To Touch A Dog yang telah diadakan di Central Park, One Utama pagi tadi. Kempen ini bertujuan untuk mengatasai ketakutan orang ramai terhadap anjing. Penganjur kempen ini Syed Azmi Alhabshi telah berkata kempen tersebut telah meraikan satu kejayaan yang besar. Nik Farhana Nik Othman, 22, seorang pelajar daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah menghadiri kempen ini bersama seorang kawan. Dia berkata ‘’ Saya mempunyai perasaan ingin tahu. Oleh itu saya menghadiri kempen ini. Saya telah menyentuh beberapa ekor anjing dan tidak pernah mempunyai peluang untuk berbuat demikian’’. Antara mereka yang telah juga menghadiri kempen ini ialah satu panel penceramah-penceramah Melayu dan juga ulama yang dengan relanya telah menjawab segala keraguan dan pertanyaan dari orang awam. Ustaz Mohd Iqbal Parjin telah memberi ceramah mengenai aspek menyentuh anjing dalam agama Islam.
Para ulama menerangkan bahawa seseorang Islam itu boleh memelihara anjing dengan bersebab dan haram hukumnya jika dibela sebagai binatang peliharaan. Beberapa penjelasan oleh beberapa ulama mengenai hukum membela anjing ini ada dimuatnaik di dalam Youtube.
Antaranya adalah Ustaz Azhar Idrus yang menyatakan bahawa anjing adalah haiwan yang mempunyai hukum dan tafsirannya di dalam Islam. Ia adalah binatang yang tidak diharamkan untuk dibela dan tidaklah wajib dibela. Namun begitu sekiranya seseorang Islam itu membela anjing, dia perlu mengikut cara-cara yang telah ditetapkan oleh Islam.
Ustaz Rasul Dahri juga videonya menyatakan bahawa membela anjing hukumnya harus jika bertujuan seperti menjaga ternakan dan harta, petunjuk jalan, memburu dan menjaga rumah seperti yang telah dijelaskan dalam hadis sahih.
Ustaz Rasul Dahri turut menjelaskan sebab-sebab mengapa dilarang memelihara anjing sebarangan.
Di bawah beberapa ulasan dari ulama mengenai isu ini.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI