Ustaz Penganjur Program Program Sentuh Anjing Diancam Bunuh Dan Tuduhan Murtad
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2014/10/ustaz-penganjur-program-program-sentuh.html
Terkini, penganjur program I want to touch a dog’, Syed Azmi Alhabshi berdepan dengan ancaman bunuh serta tuduhan murtad dari orang awam yang tidak berpuas hati dengannya.
Netizen juga turut menyebarkan nombor telefon bimbit Syed Azmi di media sosial. Tersebar di aplikasi WhatsApp juga mendakwa Syed Azmi adalah seorang kristian yang menyamar sebagai melayu untuk memesongkan akidah umat Islam. Bagaimanapun, tuduhan ini tidak disertakan dengan bukti.
Jika sebelum ini, Syed Azmi mudah dihubungi menerusi laman Facebooknya, kini dia telah menghilangkan diri dan mengambil langkah berdiam diri dari menjawab sebarang tomahan yang dilemparkan terhadapnya.
Beberapa netizen menyarankan agar orang ramai membuat kempen I want to slap Syed Azmi sebagai balasan di atas program yang memesongkan umat Islam.
Facebook rasmi bagi program berkenaan juga telah dinyahaktifkan dari Facebook.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI