Tips Menarik

loading...

Tiga Bekas Penuntut Kolej Ke Tali Gantung Bunuh Pensyarah Wanita Dan Bapanya

TIGA bekas pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC), Mohamad Zul Shahril Suhaimi, Mohamad Sharafe Matt Noh dan Azizi Aizat Ibrahim dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam, hari ini selepas didapati membunuh pensyarah mereka, Zara Eleena dan bapanya, Omar Peter Abdullah dua tahun lalu. - Foto Roslin Mat Tahir

SHAH ALAM: Tiga bekas pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC) dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati membunuh pensyarah mereka, Zara Eleena, 23, dan bapanya, Omar Peter Abdullah, 56, dua tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan ketiga-tiga tertuduh, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22; Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, dan Azizi Aizat Ibrahim, 22, melakukan perkara itu.
Sebelum ini, pensyarah bahasa Inggeris itu dan bapanya ditemui mati di sebuah rumah di Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, 11 Mac 2012.
Zara Eleena dan bapanya, Omar Peter Abdullah

Terdahulu suasana sedih menyelubungi mahkamah sebaik sahaja hakim menjatuhkan keputusan itu dengan beberapa ahli keluarga berpelukan dengan ketiga-tiga tertuduh.
Ibu kepada salah seorang tertuduh turut pitam sebaik sahaja hakim menjatuhkan hukuman berkenaan.
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item