Tips Menarik

loading...

Terbongkar! Pendedahan Sebenar Siapa Yana FMC.

Asrul Hanif mengakui perbualan menerusi aplikasi WhatsApps ini milik ahli kelab FMC bernama Yana.


SHAH ALAM - Familia Myvi Club (FMC) mengesahkan individu yang dikenali sebagai Yana tidak terlibat dengan tragedi kemalangan di Lebuhraya Duke yang menyebabkan kematian tiga beranak pada Sabtu lalu.

Setiausaha FMC, Asrul Hanif Mohamad berkata, Yana hanya ahli biasa kelab berkenaan serta bukan ahli yang dipilih untuk menguruskan akaun rasmi Facebook FMC.

“Mungkin ada pihak yang telah memanipulasi perkara ini dengan menyatakan Yana adalah ketua dan admin FMC.

“Dia (Yana) hanya ahli biasa dan bukan ketua kelab kami,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Asrul Hanif turut mengesahkan penyebaran status Yana di rangkaian media sosial, WhatsApp yang menyatakan dia mempunyai kenalan pegawai polis yang berpangkat tinggi telah ditulis sendiri oleh Yana.

“Atas sebab apa dan mengapa dia mengeluarkan kenyataan berikut, saya tidak dapat memberikan kepastian,” katanya.

Ditanya mengenai kewujudan banyak akaun Facebook yang menggunakan nama FMC, Asrul Hanif berkata, semua akaun tersebut adalah palsu.

“Facebook FMC telah ditutup pada Ahad lalu iaitu pada 3 Mei, selepas mendapat tahu ada ahli yang tidak terlibat dalam insiden tersebut difitnah dan dituduh sebagai pembunuh.


“Begitu juga dengan laman sesawang rasmi FMC telah ditutup pada tarikh sama dan akaun Youtube ditutup pada Isnin lalu,”katanya.
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 8634492476390767794

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

item