Tips Menarik

loading...

TH akan jual semula tanah 1MDB

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim jual balik
PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) akan menjual semula tanah yang dibelinya di Tun Razak Exchane (TRX).
Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan sensitiviti pendeposit Tabung Haji.
Katanya, Najib yang juga Menteri Kewangan, telah menasihatinya melupuskan tanah berkenaan bagi menjaga reputasi badan itu supaya ia tidak dicemari dengan perniagaan membabitkan 1MDB.
Menurut Azeez, tanah itu akan dijual kepada pembeli dengan keuntungan sekurang-kurangnya RM5 juta dan ia akan dimuktamad dalam tempoh beberapa minggu.
Jelasnya pada masa sekarang terdapat tiga pembeli yang berpotensi.
Dalam sidang akhbar yang diadakan, beliau mempertahankan pelaburan yang dibuat TH itu sebagai menguntungkan kerana dalam tempoh sebulan ia mampu mendapat pulangan.
“Makcik-makcik semua tak payah risau dan tak payah takut, kita ada 3 orang nak beli, cuma sekarang kita nak tengok yang mana dapat keuntungan lebih, dimana harga tanah 188.5 juta dan keuntungan sekurang-kurangnya RM5 juta.
“Dan saya ingin nyatakan di sini bahawa kita melakukan urusan pembelian tanah ikut sistem yang sedia ada, kita tak lakukan kesalahan kerana satu sebab nak dapat pulangan unjuran pendeposit dan itu adalah tanah terakhir kawasan KLCC yang kita rasa adalah baik untuk Lembaga Pengurusan Tabung Haji untuk berada gah di bangunan di situ dengan mendapat pulangan sembilan peratus setahun,” katanya.
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 3637800800451999174

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

item