Netizen Pandang Sinis Warna Pink: "Tuhan Tidak Pernah Mengukur Takwa Dengan Warna" - Profesor Madya Dr Ramzah Dambul
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2016/01/netizen-pandang-sinis-warna-pink-tuhan.html
Berikutan perkembangan terbaru bola sepak di Malaysia di mana ada jutawan-jutawan daripada bidang kosmetik mula menyatakan hasrat untuk menaja pasukan bola sepak Malaysia, begitu banyak kedengaran kata-kata yang tidak enak didengar terutamanya peminat bola sepak tempatan.
Mana tidaknya, dengan permintaan penaja yang mahukan pelbagai pelbagai perubahan yang dikatakan sudah menjadi sinonim atau warna kebanggaan perlu ditukar walaupun ia bukanlah satu keputusan muktamad lagi.
Terbaru yang menjadi isu, Pasukan bola sepak Kelantan atau juga dikenali sebagai The Red Warrior yang menerima tajaan daripada syarikat kosmetik terkenal iaitu Vida Beauty di mana penaja telah meminta pasukan TRW memakai jersi bewarna merah jambu.
Walaupun jersi sebenar pasukan yang akan dikenali dengan nama Pamoga Qu Puteh The Red Warrior ini belum pun diperkenalkan ramai nampaknya memandang sinis syarat yang diletakkan di mana pasukana ini akan mengenakan pakaian jersi bewarna merah jambu.
Berita yang admin dengar dan baca pun kemungkinan jersi bewarna merah jambu yang bakal diperkenalkan itu pun adalah jersi kedua pasukan dan jersi pertama masih mengekalkan warna merah seperti sebelum ini.
Seorang pensyarah di Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah, Profesor Madya Dr Ramzah Dambul, melalui laman Facebooknya telah mengulas isu mengenai pandangan sinis netizen terhadap isu ini.
Jom kita baca tulisan beliau.
Saya bukan pemuja sejati atau pembela mati-mati primadona Qu Puteh. Tapi ada sikit gundah di hati bila tengok gelagat orang yang tidak habis-habis sinis dan sarkastik pada dia. Sakit sangatkah masyarakat kita sekarang? Sehingga begitu anti pada kebaikan dan kebajikan?
Bukan Dato' Vida suruh TRW pakai skirt atau tiara. Cuma minta tukar warna saja. Apa masalah? Saya rasa jersi warna pink menempik-nempik itu unik. Terang benderang sikit. Beribu batu sudah nampak. Biar angkasawan Rusia senang detect di mana letaknya stadium bola di Kota Bharu, semasa sedang mengorbit bumi.
But seriously, we should applaud Dato' Vida for her sponsorhip. Itu bukan saja menganjak profile bolasepak ke satu takat baru, bahkan ia juga mempromosi secara lebih agresif gaya hidup sihat kalangan rakyat. Bukan senang mau tarik minat industri kosmetik untuk sama-sama melabur dalam menyemarakkan sukan negara yang kian lesu.
Bila dia taja Gegar Vaganza, banyak mulut cabul menuduh Qu Puteh gila glamour dan pendokong hedonis. Hanya mabuk hiburan totok. Bila dia bantu bidang sukan, kamu masih bising juga. Nanti bila Qu Puteh taja majlis musabaqah dan minta penganjur guna rehal warna pink, kamu bakal mendajal lagi. Padahal Tuhan sendiri tak pernah mengukur takwa dengan warna. Segalanya terletak pada hati dan keikhlasan - hanya Dia Yang Maha Tahu. So don't try to judge others.
Kalau fobia sangat negara kita akan dimerahjambukan oleh Qu Puteh seluruhnya, kamu kerjalah kuat-kuat. Jangan asyik membebel di Facebook sambil menggaru telur. Bila kamu sudah jadi usahawan bertaraf jutawan, kamu tajalah apa-apa event yang kamu gemar. Kemudian pilihlah warna-warna kesukaan nafsumu sendiri sebagai tema.
Kata Maya Angelo: If you don't like something, change it. If you can't change it, change your attitude. Kalau kamu tidak mampu mengganti Dato' Vida untuk lunaskan tanggungjawab korporat menaja sukan bolasepak, kamu pujuklah hati supaya redha menerima warna pink. Cuba dulu pakai seluar dalam merah jambu tiap-tiap hari Selasa. Lepas enam bulan dengan amalan rutin ini, nescaya kamu akan mula perlahan-lahan jatuh cinta. Dan marah kamu pada pink akhirnya hilang dengan sendiri
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI