Selepas Ketiadaan Zulkifli, Isterinya Hidup Derita Sehingga Terpaksa Melakukan Tindakan Yg Mengejutkan
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2016/01/selepas-ketiadaan-zulkifli-isterinya.html
KEMAMAN: Isteri kepada Mohammad Zulkifli Ismail, 50, lelaki yang didakwa menikam perompak dan viral di laman sosial, Roslina Abdul Kari memberitahu bahawa dia telah mengambil keputusan untuk berpindah segera bagi meneruskan kehidupannya dan tiga anak selepas suaminya tidak lagi berada di sisi mereka.
“Rumah ini akan dirobohkan dan kami empat beranak akan pindah tinggal di warung untuk mudahkan saya berniaga semula,” katanya dipetik Sinar Harian.
Semua barang-barang milik mereka seperti peralatan kimpalan milik suaminya akan dipindahkan terlebih dahulu ke dalam rumah separuh siap milik mereka bersebelahan rumah bapanya yang terletak kira-kira 300 meter dari rumahnya sekarang.
“Waktu melawat suami di Penjara Marang minggu lalu, suami pesan suruh saya buka semula warung kami yang terletak lebih kurang 500 meter dari rumah, tapi dalam keadaan sekarang memang saya tak dapat berniaga lagi berikutan saya juga perlu hantar dan ambil dua anak sekolah setiap hari.
“Tugas itu sebelum ini suami yang buat dan sekarang saya ambil alih, sebab itu saya mahu pindah terus ke warung supaya senang saya memasak sebelum hantar anak ke sekolah dan balik buka warung,” katanya lagi kepada Sinar Harian.
Mereka telah mengusahakan warung sarapan pagi berkenaan yang terletak bersebelahan Masjid Kampung Labohan sejak setahun lalu lagi untuk menyara keluarga sehinggan Zulkifli mengambil keputusan untuk menutup bengkel kimpalan kerana besi dan wayar elektrik yang disimpan dalam bengkel dan sekitar rumah kerap dicuri.
Menurut Roslina lagi, dia kini belum lagi membuka warungnya sejak Zulkifli direman 7 Desember menyebabkan pendapatan mereka terjejas.
Roslina juga membaeritahu bahawa warungnya itu akan diubah suai bagi membolehkan dia dan tiga anaknya, Muhammad Afif, 9; Nur Aqiela, 8, yang menghidap autisme dan yang bongsu, Nur Athiera, 3, duduk berteduh di situ.
Beliau juga menyatakan sebelum ini dia dan suami juga telah becadang untuk merobohkan rumah berkenaan kerana didirikan atas tanah rezab dan menunggu hingga rumah mereka sendiri berdekatan rumah bapanya siap.
“Rumah ini sudah kami huni sejak 15 tahun lalu dan kami amat bersyukur sebab kerajaan benarkan kami tinggal di sini hingga hujung tahun ini cuma apabila berlaku kejadian yang tak diduga ini eloklah saya berpindah awal dan untuk pulihkan kembali semangat saya dan anak-anak.
“Lagipun saya trauma kerana dalam tempoh suami ditahan reman selama 14 hari masih ada lagi pencuri yang datang potong wayar elektrik di belakang rumah kami. Sepanjang tahun lalu sahaja dah lima kali rumah kami dipecah masuk dan berlaku kecurian besi serta wayar di sekitar rumah,” katanya.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI