'SAYA DITOLAK KERANA MINTA GST DITURUNKAN 3%'
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2016/01/saya-ditolak-kerana-minta-gst.html
JERLUN - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mendakwa, tindakan beberapa ketua bahagian UMNO yang menolaknya akan berpunca dari kelantangan beliau meminta kadar GST 6% diturunkan ke 3%, lapor Utusan Malaysia.
Terdahulu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, mendakwa mereka sudah tidak percaya pada kepimpinan Mukhriz selain dari menyatakan anak bekas Perdana Menteri itu banyak kelemahan.
Menafikan dakwaan itu, Mukhriz menjelaskan bahawa 'kumpulan pemberontak' itu sebenarnya tidak berpuas hati dengannya yang lantang meminta GST 6% diturunkan ke 3% berikutan kos sara hidup semakin meningkat.
"Kalau hendak jawab empat perkara yang mereka dakwa itu, saya fikir siapa pun boleh jawab. Perkara sebegini tak payah sebut pun kita boleh 'baca' yang tersirat kerana saya dilihat sedikit telus bercakap perkara yang dianggap cerminan suara rakyat.
“Apabila saya timbulkan perkara sebegitu, timbul rasa tidak puas hati sesetengah pihak kononnya tidak saya tidak sehati sejiwa dengan mereka. Jadi saya fikirlah, mungkin juga saya silap. Bukan disebabkan empat alasan itu yang membuatkan mereka menuntut agar saya berhenti menjadi Menteri Besar serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.” katanya.
Dalam masa yang sama, Mukhriz turut menegur tindakan Ahmad Bashah yang tidak cerdik dan tidak menggunakan ruang berbincang sebagai medium untuk menyelesaikan masalah berbangkit.
“Saya mohon janganlah pula kerana ada hubungan baik dengan pucuk pimpinan nasional, mereka terus 'ke atas'. Seolah-olah menidakkan pula hak saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. Apabila berlaku, saya sebagai ketua seakan tiada peranan dan dilihat tidak bertaring,” katanya. - THEHYPEMEDIA.COM
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI