Tips Menarik

loading...

Allah Bayar Cash! Gambar: Padah Buat Aksi TERKUTUK Dalam Lif Flora Damansara, Lihat Apa Yg Berlaku


KUALA LUMPUR 25 Sept. – Seorang lelaki warga Nigeria maut akibat dipukul orang awam selepas dipercayai cuba mencabul seorang wanita tempatan ketika berada di dalam lif Pangsapuri Flora Damansara, Petaling Jaya dekat sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, suspek, Ikechukwu Bright Ogundu, 28, menaiki lif yang pada masa sama terdapat seorang wanita.

Suspek kemudian dipercayai mengganggu mangsa sebelum bertindak agresif dan cuba mencabul.

Ekoran daripada itu, suspek ditangkap orang awam dan Ahli Jawatankuasa (AJK) pangsapuri berkenaan ketika keluar lif sebelum dipukul.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada AJK pangsapuri itu pada pukul 8.10 malam yang mengatakan terdapat seorang lelaki Nigeria ditangkap kerana mengganggu wanita.

“Anggota kereta peronda polis (MPV) diarah ke lokasi kejadian, setiba di sana mereka mendapati terdapat lebih kurang 30 orang awam sedang mengepung suspek. Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Mutiara Damansara untuk tindakan lanjut.

“Pada pukul 8.45 malam, suspek yang duduk kemudiannya berbaring sementara menunggu proses pengecaman dilakukan kira-kira 10 minit selepas itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azmi, ketika siasatan sedang dilakukan, suspek yang sedang baring tiba-tiba tidak sedarkan diri dan polis terpaksa memang­gil pasukan perubatan untuk rawatan.

“Suspek disahkan mati pada pukul 10 malam oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Sungai Buloh. Dia dapati cedera di bahagian kepala sebelah kanan, lutut dan benjolan di bahagian buku lima tangan sebelah kanan yang disyaki patah,” katanya.

Tambah beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lelaki-nigeria-maut-dipukul-cuba-cabul-wanita-1.140022#sthash.KBs6q7kq.dpuf
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

TERBONGKARNYA MISTERI PESAWAT MH370 DAN MH17

8 March 2014 00.35 pagi: Pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 orang anak kapal telah berlepas dari Lapangan terbang KLIA dan dijadualkan akan sampai ke Beij...

Guru Tampil Dedah Cerita Sebenar Kes Murid Gunting Lidah

Hari Khamis itu, memang ada dua insiden. Insiden pertama memang berlaku pada waktu rehat, insiden kedua berlaku dekat dengan waktu nak balik. Yang kes dia ini, berlaku pada waktu nak balik leb...

GEMPAR!! Rupa-Rupanya Ini PENGAKUAN SEBENAR Murid Yang Dipaksa Potong Lidah Sendiri!

KLANG – Dalam satu kejadian buli yang disifatkan paling tragis pernah berlaku, seorang murid tahun dua, Muhammad Alif Shukran Alias, 8, dipaksa memotong lidahnya sendiri di sebuah sekolah rendah di ...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item