Jika Anda Percaya Pada Mahathir Secara Automatiknya Anda boleh Menjadi kufur- Jamal Yunus
http://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2016/03/percaya-mahathir-boleh-jadi-kufur-jamal.html
Beliau memberi amaran negara ini akan menjadi huru hara seperti negara di Timur Tengah apabila rakyat tidak bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan tuhan.
PETALING JAYA: Negara akan menghadapi bencana yang teruk sekiranya rakyat percaya dengan ‘Deklarasi Rakyat’ yang dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus berkata, mereka yang percaya dengan Dr Mahathir boleh dianggap kufur kerana tidak bersyukur dengan nikmat negara yang sedang aman.
“Saya ingatkan rakyat Malaysia, jika mereka termakan fitnah-fitnah dibuat Tun Mahathir, negara kita akan berlaku sesuatu kejadian yang mana akan menerima balasan daripada Allah. Rakyat kufur dengan nikmat dan akan berlaku seperti negara di Timur Tengah.
“Negara-negara kuasa asing sedang tunggu bila waktu sesuai (menyerang negara) melihat perbalahan rakyat dalam negara. Ini kerana negara kita mewah dengan sumber yang ada dan negara kuasa besar menanti sahaja,” katanya kepada FMT.
Jamal juga menyifatkan Dr Mahathir sebagai seorang pemimpin yang tidak mempunyai pendirian kerana sanggup bekerjasama dengan pembangkang.
Katanya tindakan Dr Mahathir itu juga dilihat hanya untuk kepentingan dirinya sendiri untuk memliki kuasa.
“Seorang manusia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri sendiri. Saya menyifatkan Tun Mahathir sebagai manusia langsung tidak mempunyai pendirian.
“Saya boleh katakan satu sen langsung tidak menghargai Tun Mahathir sebagai pemimpin kerana telah membuat rakyat dalam negara kita pecah belah,” katanya.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata tindakan Dr Mahathir itu hanya menguatkan lagi kedudukanPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, tindakan Dr Mahathir duduk semeja dengan pembangkang hanya menghina diri sendiri dan mencemarkan nama baik bekas Perdana Menteri itu.
Katanya, tindakan Dr Mahathir duduk semeja dengan pembangkang hanya menghina diri sendiri dan mencemarkan nama baik bekas Perdana Menteri itu.
“Duduk semeja dengan Ambiga yang persoal Perlembagaan Negara, Lim Kit Siang yang jelas tidak sokong artikel 153, dengan pemimpin DAP yang jelas tidak menyokong hal Bumiputera. Ini betu-betul telah mencemarkan nama baik Dr Mahathir.
“Ini telah beri satu kekuatan kepada Najib untuk bertambah kuat kerana rakyat sendiri dah muak. Dr Mahathir yang maki Ambiga dan Kit Siang dulu sanggup duduk semeja untuk dapatkan kuasa,” katanya.
Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju enggan mengulas lanjut kerana tidak mengetahui intipati Deklarasi Rakyat itu.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI