Tips Menarik

loading...

Suami Hilang Ingatan Akibat Strok Haba


Just nak share dengan semua. Hari ini adalah hari yang ke-12 saya menjaga suami di Hospital Dungun Terengganu. Suami terkena strok haba semasa bekerja. Dia memang bekerja di tengah cuaca panas. 

Doktor dah tebuk kepala dan buang darah yang ada dalam kepala. Panas yang sangat melampau sehingga darah naik ke atas.

Tetapi sedihnya selepas pembedahan, banyak perkara yang suami lupa. Sedih melihat keadaan suami seperti ini. Menurut doktor, ambil masa tiga bulan untuk ingatan suami pulih sepenuhnya. 

Apa perasaan tuan/puan jika pagi sebelum pergi kerja, orang yang kita sayang elok berbual, bersalaman dan pergi kerja. Tiba-tiba dapat panggilan dah jadi begini? Lupa itu, lupa ini. Puncanya? Kurang minum air tambahan pula cuaca panas.

Sama-samalah doakan untuk suami saya cepat sembuh dan pulih sepenuhnya.


Terima kasih kepada rakan-rakan sepejabat yang sudi datang melawat suami saya, beri sokongan moral yang baik-baik. Tidak lupa juga kepada keluarga yang hari-hari datang tanpa jemu. Kepada kawan-kawan drift, ganos, kawan-kawan sekolah serta geng 86, terima kasih banyak-banyak. Sangat terharu
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Normah Damanhuri: Saya Buka Tudung Pun Kerana Mahu Cari Rezeki

Kenyataan pelakon yang membuka tudung kerana kerja bukan satu kenyataan popular di kalangan peminat dan pastinya ia bakal mengundang kritikan ramai yang kurang senang dengan mereka yang sesuka hati ...

Betty Benafe, Suami Selamat Timang Anak Kedua

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Betty Banafe yang telah selamat melahirkan anak keduanya seberat 3.3 kilogram pada jam 3 pagi semalam di Hospital Pakar, Universiti Kebangsaan Malaysia (U...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item