Mahathir Bakal Pengganti Anwar?
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/02/mahathir-bakal-pengganti-anwar.html
Satu saranan luar biasa dibuat oleh ahli PKR meminta parti itu melantik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengganti Anwar sebagai ketua pembangkang.
Cadangan tersebut dilakukan selepas mempertimbangkan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di akhbar Sinar Harian yang menyebut Dr Mahathir seolah-olah telah mengambil alih tugas ketua pembangkang kerana lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Pengerusi Kelab Akar Umbi PKR, Johari Musa.
“Anwar sendiri sewaktu dalam BN tidak suka pemimpin DAP dan Pas, kini mereka bersepakat demi keadilan untuk rakyat, bermaksud ahli politik di Malaysia tidak selamanya menjadi musuh.
“Begitu juga yang dengan DAP dan Pas, kini mereka bersepakat di bawah satu wadah perjuangan,” katanya selepas menyerahkan memorandum mencadangkan Dr Mahathir sebagai ketua pembangkang di ibu pejabat PKR, semalam.
Demi masa hadapan politik Malaysia dan Anwar, sudah tiba masanya PKR berfikiran terbuka, menurut Johari, yang juga Naib Ketua Cabang PKR Lembah Pantai berharap
Harapan beliau, PKR dapat melupakan sejarah hitam antara Anwar dengan Dr Mahathir dan percaya pemimpin DAP dan Pas menghormati Dr Mahathir.
“Saya percaya Pas dan DAP tidak akan membantah jika Dr Mahathir menyertai PKR demi kemenangan PR, seterusnya membebaskan Anwar,” katanya.
Penyerahan memorandum itu dihadiri kira-kira 20 ahli Kelab Akar Umbi PKR dan diserahkan kepada wakil Dr Wan Azizah, Nurul Huda Zainudin.
Sumber asal: Sinar Harian
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI