Tips Menarik

loading...

Pukul emak sampai maut

Kuantan: Seorang wanita berusia 47 maut selepas dipukul dengan batang cangkul oleh anak lelakinya yang berusia 20 tahun dalam kejadian di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang, di sini.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kejadian pada 6.30 petang semalam.
Menurutnya, ketika itu mangsa, Hamidah Mat Zin, 47, yang juga pekerja am di sebuah sekolah kebangsaan sedang berehat di ruang tamu rumahnya.
"Suspek dikatakan meracau sendirian sebaik memasuki ruang tamu rumah berkenaan, sebelum bertindak memukul kepala ibunya dengan batang cangkul bertubi-tubi.
"Difahamkan, suspek yang pernah menerima rawatan psikitari di Wad Dahlia Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, kemudian lari meninggalkan rumah berkenaan.
“Anak saudara mangsa yang kebetulan singgah di rumah itu melihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri sebelum menghantarnya ke HTAA," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Abdul Aziz berkata, suspek ditahan di rumah berkenaan, kira-kira dua jam selepas kejadian.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kami sudah merampas kayu cangkul yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
"Suspek kini ditahan reman seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh," katanya.
Mangsa yang dihantar ke HTAA oleh anak saudaranya meninggal dunia jam 9.30 pagi tadi.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 6051262903854834212

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item