Tips Menarik

loading...

TUKANG MASAK DIDAKWA BUNUH NORSYUHADA JOHARI


Seorang tukang masak didakwa di Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Eyu Ghim Siang , tertuduh Syarafi Abu, 25, menggelengkan kepala sebagai tanda tidak memahami pertuduhan dibacakan itu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Nur Syuhada Johari, 20, penuntut UiTM kampus Permatang Pauh Pulau Pinang di Kilometer 228.2, Lebuhraya PLUS dekat Bukit Gantang, 2 Februari lalu kira-kira 11.55 pagi.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan semula kes berikutan laporan bedah siasat dan kimia masih belum siap.

Atas pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. Eyu kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 21 April ini.

Terdahulu, Syarafi dipercayai mengelar leher Syuhada sampai mati di lebuh raya sebelum berjaya ditahan orang ramai. - Harian Metro
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 4407088793947884397

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item