Tips Menarik

loading...

56 tahun tanggung derita

Guizhou: Seorang lelaki yang mengalami kecacatan teruk pada mulutnya selepas diserang seekor serigala ketika kanak-kanak, akan menjalani pembedahan pemulihan 56 tahun selepas kejadian itu.
Wu Xiuyou, 65, dari Kampung Datang di wilayah Guizhou, barat daya China, diserang seekor serigala ketika dia berusia 11 tahun.
Haiwan berkenaan mengoyakkan mulutnya menyebabkan Wu mengalami kecacatan teruk dan hanya boleh makan makanan cecair.

Kerana wajahnya yang buruk akibat kejadian itu, dia tidak pernah ke sekolah, tidak berkahwin dan tidak diterima bekerja.
Foto
WU

Dia hidup bersendirian saja.

Pakar bedah, Doktor Chen Fei yang akan melakukan pembedahan itu berkata: “Wu hilang semua mulutnya. Rahangnya rosak teruk.

“Ia akan menjadi pembedahan paling mencabar sepanjang karier saya selama 15 tahun.”

Menurut Chen, pihak hospital turut menghubungi pakar di Beijing, Chengdu dan Leshan untuk mendapatkan nasihat.

Pembedahan akan membabitkan kira-kira 20 doktor dari 10 jabatan.

“Kami akan membaiki bibir atas dan bawah serta otot mukanya yang rosak teruk. Ia akan membabitkan pengambilan otot paha dan memindahkan pada mukanya. Ia membabitkan terlalu banyak jahitan deria dan salur darah,” kata Chen.

Di samping itu, Wu akan menjalani pembedahan kedua untuk menyusun semula giginya enam bulan selepas pembedahan pertama.
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Pelik 6314673364412192292

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item