6 TAHUN MENANTI PEMBELAAN
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/04/6-tahun-menanti-pembelaan.html
Butterworth: Mangsa serangan asid, Azri Abdullah, 47, yang kini buta dan melecur teruk di muka akibat disimbah cecair itu berterima kasih kepada Pejabat Peguam Negara dan polis selepas kesnya yang tergantung sejak enam tahun lalu kini dibuka semula.
Peguam mangsa, Anbananthan Yathiraju berkata, hasil semakan dilakukannya mendapati kes Azri diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya menyebabkan suspek tidak dituduh di mahkamah.
“Berikutan itu, saya menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara dan polis pada 25 November 2013 meminta agar siasatan terhadap kes membabitkan Azri dibuka semula.
“Hasilnya pada 25 Mac lalu, tertuduh berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth dan hakim menetapkan 23 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Difahamkan, tertuduh berusia 30-an itu adalah adik kepada mangsa dan serangan terhadapnya itu berlaku di kediaman ibu Azri di Tasek Gelugor, dekat sini, pada Oktober 2009 ketika dia pergi untuk mengambil geran motosikal arwah bapanya.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI