Gempar! Video Dan Gambar Punca Sebenar Lelaki Bakar Diri Di Pam Minyak Klang.
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/04/gempar-video-dan-gambar-punca-sebenar.html
Kecoh tengah malam semalam apabila berlaku kejadian cubaan membunuh diri di Stesen Minyak Petron Bandar Baru Klang, Bukit Raja. Mengikut rakaman CCTV yang tersebar pantas sejak kejadian berlaku semalam, kelihatan seorang lelaki memasuki premis Stesen Minyak dengan hanya berjalan kaki dan terus mengambil pam petrol yang sedang digunakan oleh salah seorang pengguna kenderaan Proton Saga jenis FL dan terus menuang ke atas diri sendiri. Selang beberapa minit, api mula menyambar secara tiba-tiba mengakibatkan mangsa terbakar dan api marak terkena kereta tersebut.
Kejadian yang mengerikan ini berlaku sangat pantas sekitar jam 1.35 Pagi. Mengikut salah seorang pengguna Facebook Grup "Shah Alam Residents" yang dikenali sebagai Zulhaniff Azman, mangsa merupakan seorang lelaki berbangsa India dalam keadaan mabuk meluru terus ke arah pam minyak. Namun begitu, punca sebenar masih dalam siasatan terutama sekali berkaitan dengan identiti sebenar mangsa terbabit.
Melalui rakaman CCTV yang tersebar juga, mangsa dikatakan berlari sebaik sahaja api marak dan selang sekitar 15-30 saat, kelihatan mangsa cuba dipadamkan oleh pekerja Petron yang bergegas mendapatkannya. Sementara itu pula, kenderaan Proton Saga yang turut terbakar, dapat dipadamkan dengan pemadam kebakaran oleh bantuan pekerja stesen terbabit.
Pun begitu, apa yang berlaku disebalik kejadian mengerikan ini, pengguna facebook grup Zulhaniff Azman juga melahirkan rasa bimbang dan gelisah kerana kejadian ini berlaku ketika mana pam minyak sedang ditinggalkan, sedangkan di dalam kenderaan tersebut terdapat seseorang yang dipercaya isteri kepada pengguna proton saga tersebut.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI