Tips Menarik

loading...

Saya Tak Pernah Lakukan Kesalahan Sepanjang Jadi Perdana Menteri - Tun M

Tun Dr Mahathir berkata dirinya tidak pernah melakukan sebarang kesalahan sepanjang memegang jawatan sebagai perdana menteri‎.



Ditanya dalam forum mengenai kesalahan terbesarnya‎, Dr Mahathir berkata, beliau langsung tidak pernah mencuri duit kerajaan.

“Saya masih tertanya apa kesalahan yang saya buat? Saya tak pernah curi duit kerajaan. Tak banyak yang saya buat. Sila beritahu apa kesalahan saya,” katanya.
Katanya, ramai yang menuduhnya sebagai kuku besi tetapi jelasnya beliau sendiri yang berundur sebagai perdana menteri, sesuatu yang tidak akan dibuat oleh seseorang pemerintah kuku besi.
“Saya dituduh sebagai seorang kuku besi. Saya bukan. Kalau saya kuku besi saya tak akan letak jawatan.


“Saya boleh bersuka ria, terbang sana sini, semuanya dibayar kerajaan.


“Jadi beritahu saya di mana saya silap. Saya akan selidik dan tulis kajian mengenainya,” katanya dalam forum di Cyberjaya, hari ini.

Katanya, ramai yang memberitahunya kesalahan terbesarnya adalah meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, tetapi menegaskan tindakannya itu adalah betul.


Jelasnya, apa yang penting bagi seorang pemimpin jangan terlalu selesa dengan kedudukannya, tidak kira betapa masyhur sanjungan yang diberikan.


“Semasa tahun 2002 saya fikir semuanya akan menjadi baik, kewangan, kerajaan, parti, semuanya okay, saya boleh letak jawatan.


“Tetapi tak sangka apa yang dilakukan pengganti saya.
“Jadi itu bukan kesalahan, itu perkara betul. Berundur,” kata perdana menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah negara.


Katanya, berbanding dengan pentadbiran mendiang Lee Kuan Yew, bekas perdana menteri Singapura itu masih kekal dalam kabinet walaupun sudah‎ meletakkan jawatan.


“Kuan Yew letak jawatan tetapi masih jadi menteri kanan dan mentor menteri…saya tak mahu kembali, cukuplah 22 tahun,” katanya.


Katanya, tindakan paling betul yang dirasakannya adalah memastikan keamanan dan tiada konflik perkauman di Malaysia.


Ditanya punca Malaysia tidak menjadi maju seperti Singapura, katanya lebih mudah menguruskan sebuah negara kepulauan kecil.


“Tak perlu buat banyak ‎jalan raya. Mereka tidak ada masalah perkauman dan mereka boleh ketepikan isu minoriti dan lakukan apa yang mereka mahu.


“Tetapi di sini kita tidak boleh buat begitu, kita perlu fikit tentang minoriti, hak rakyat dan sebagainya.


“Jadi ada beberapa perkara yang kita buat tetapi di Singapura tidak perlu.
“Maka boleh katakan pentadbiran dia (Lee) ‎lebih mudah berbanding saya,” katanya.
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 2545395951756746015

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item