Tips Menarik

loading...

GAMBAR SIAPAKAH PADA WANG KERTAS (RM) YANG KITA GUNAKAN KINI?...SATU LAGI KEBANGGAAN ANAK NEGERI YG PERLU DIKETAHUI !

Anak2 Port Dickson tau tak gambar siapa pada duit kertas kita yg kita gunakan hari2 ni?..Mungkin ada yang tak tau n mungkin ramai yg dah tau..Pd yg tak tau admin nak kongsikan sikit lah utk menjadi kebanggaan kita anak nogori..heheh
Gambar tersebut adalah wajah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan!..(bukan Tunku Abdul Rahman,jgn keliru).. Emotikon smile
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammaad diputerakan pada 24 Ogos 1895 di Seri Menanti Negeri Sembilan. Wajah baginda digunakan pada matawang ringgit sejak 12 Jun 1967. Pada tarikh ini wang Ringgit Malaya dan Borneo British secara rasminya digantikan dengan matawang baru.
Baginda mangkat pada 1 April 1960. Baginda adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.
Tuanku Abdul Rahman yang gambarnya ada pada wang kertas Malaysia itu adalah keturunan kelima dari Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil dari Pagaruyung. Ini kerana iaitu semasa kerajaan Johor (pewaris kerajan Melaka) lemah pada abad ke-18, orang Minang meminta izin keSultanan Johor agar pemerintah melindungi mereka. Permintaan itu diperkenankan dan mereka kembali ke tanah asal mereka di Pagaruyung untuk meminta perlindungan dari pemerintah Pagaruyung pada masa itu. Raja Pagaruyung menghantar anaknya, Raja Mahmud (Raja Melewar) sebagai raja di Negeri Sembilan yang pertama (bergelar yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan).
Kita boleh lihat gambar asal baginda yang kemudianya ada pada duit kertas yg kita gunakan sehingga hari ini..




loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Hiburan 4630325743941189088

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item