Tips Menarik

loading...

[TERKINI]Serpihan Sah Milik MH370 - PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di timur Lautan Hindi minggu lalu milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. 

Mengumumkan perkara itu kira-kira jam 2 pagi ini, Najib menyatakan siasatan pakar antarabangsa mengesahkan serpihan terbabit adalah sebahagian pesawat milik MH370 selepas 515 hari kehilangannya. "Penemuan ini menunjukkan terdapatnya bukti fizikal pesawat MH370 terhempas di kawasan terbabit.

 "Saya turut menyampaikan dukacita kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 walaupun maklumat ini agak menyedihkan. Kehilangan mereka akan terus diingati," katanya dalam sidang media khas MH370, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini. 


"Hari ini, 515 hari sejak pesawat itu hilang, dengan berat hati saya memaklumkan bahawa pasukan pakar antarabangsa telah mengesahkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion adalah dari MH370.

"Kami mempunyai bukti fizikal bahawa, seperti yang saya umumkan pada Mac 24 tahun lalu, MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 5410329957279566422

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item