Tips Menarik

loading...

Kisah Ayam Tanpa Kepala Hidup Selama 2 Tahun


Mike "seekor ayam"  yang boleh hidup tanpa kepala selama dua tahun dan Mike menjadi terkenal di dunia kerana itu. Mike mula menjadi "Ayam Tanpa Kepala" pada 10 September 1945 setelah dipenggal oleh pemiliknya, Lloyd Olsen dari Fruita, Colorado, yang ingin memasaknya untuk makan malam. Tapi setelah Mike 'dipotong', entah kerana Lloyd memotong bahagian salah atau sebab lainnya, Mike masih tetap hidup.

Bingung, pemilik berubah fikiran dan memutuskan untuk merawat ayam agar kembali sihat. Kemudian, Mike mula cuba mematuk di sekitar untuk makan, dan merawat bulu-bulunya. Namun semua itu sia-sia kerana dia sudah tidak mempunyai kepala. Si pemilik tidak kehabisan akal, ia menyuap Mike dengan biji-bijian dan memberikan minum menggunakan sejenis alat. Olsen membawa Mike ke University of Utah di mana para saintis terkejut melihat dari dekat ayam tanpa kepala.

Menurut mereka , bekuan darah mencegah Mike dari mengalami pendarahan sampai mati selepas kapak Olsen telah memotong pembuluh darah. Telinga kiri MIke juga masih elok dan sebahagian besar batang otak masih elok, cukup untuk menjaga makhluk berbulu ini sihat selama dua tahun berikutnya.

Rupanya refleks ayam terletak pada batang otak mereka yang menjelaskan mengapa Mike masih berusaha untuk mematuk dan bahkan ' berbunyi ' meskipun cacat. Olsen bersumpah untuk menjaganya selama sisa hidupnya, memberinya makan susu dan air dengan jarum suntik.

Mike melakukannya dengan baik, ia bahkan bertambah berat badan. Lima setengah bulan kemudian, Ayam ini menjadi terkenal. Digelar "The Headless Chicken Nugget , " ia mengeliling negara dan orang -orang perlu membayar 25 sen untuk melihat tubuhnya. Pada satu titik, Mike berpendapatan $ 4,500 per bulan dan bernilai $ 10,000 , lebih mahal dari ayam lain pada umumnya.

Selepas dua tahun Mike ditemui mati di bilik hotel , setelah overdos ubat- ubatan terlarang. Selain itu , Mike mati di bilik hotel di Arizona kerana di sebabkan pemiliknya , Olsen tidak dapat mencari alat penitis mata untuk membersihkan kerongkong Mike yang terbuka .




         
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Harga Tiket Maharaja Lawak Mega Akhir Mencecah RM999 ???

Biar betul harga tiket akhir Maharaja Lawak Mega sampai RM999? Ya, benar! Pihak penerbit program lawak popular itu sudah pun mula menjual tiket menonton secara langsung rancangan tersebut ya...

Peminat Rindukan Penyanyi Dandut Amelina Sehingga Menangis

Terharu, itulah dirasai Amelina, 41, apabila ramai pe­minat masih mengenali dan menyerbunya apabila menjaya­kan persembahan dianjurkan Negeri FM, di Negeri Sembilan, baru-baru ini.Ada antara mereka da...

Terkini ! Wanita 31 Tahun Bunuh Diri Setelah Terkena Panggilan Hangit

#London: Seorang jururawat yang ditipu dua orang #deejay (DJ) #Australia dengan panggilan palsu sehingga memberi maklumat mengenai kehamilan Duchess of Cambridge Kate Middleton di Hospital King Edward...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item