Hanis Zalikha & Hairul Azreen Berhabis Puluhan Ribu Ringgit Untuk Honeymoon?
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/08/hanis-zalikha-hairul-azreen-berhabis.html
Admin lihat menerusi kemaskini laman Instagram pelakon Hairul Azreen dan pengacara Hanis Zalikha, pasangan suami isteri selebriti sedang asyik menikmati percutian bulan madu mereka di Kepulauan Bora-Bora, French Polynesia. Senang cakap dekat-dekat dengan pulau Tahiti...
Tempatnya sungguh menarik dan air laut yang membiru membuatkan Admin pun teringin nak ke sana. Alah, Kim Kardashian pernah bercuti kat sana bersama ahli keluarga Kardashians yang lain masa tengah bercinta dengan pemain bola keranjang profesional, Kris Humpries dulu.
Melihat gambar yang dimuatnaik merek di sana, Murai Batu pun mula survey kos dan harga The St. Regis Bora-Bora Resort.
Alangkah terkejutnya Admin apabila mendapat tahu bahawa harga penginapan satu malam di The St. Regis Bora-Bora Resort bernilai lebih RM5,000. Itu yang paling murah ya. Wow! Lari terus bajet Admin kalau bercuti kat sana.
Ye lah, takkan nak duduk semalaman je kan. Mestilah nak menghabiskan masa sekurang-kurangnya seminggu. Dahlah jauh nak ke sana.
Beruntung Hanis dan Hairul yang berpeluang berbulan madu di sana. Entah berapa banyaklah mereka habiskan wang untuk bercuti bulan madu The St. Regis Bora-Bora Resort. Entah-entah cecah puluhan ribu ringgit, tetapi itu semua Murai Batu rasakan tidak menjadi masalah, asalkan mereka dapat menghabiskan masa bersama dan mencipta kenangan baru serta memori manis bulan madu sebagai suami isteri. Selamat berbulan madu Hanis dan Hairul!
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI