Tips Menarik

loading...

Kisah Benar Pengorbanan Seorang Ibu Ketika Gempa Bumi Di Jepun




Ini adalah kisah benar Pengorbanan seorang Ibu semasa gempa bumi melanda di Jepun. Setelah Gempa bumi reda, ketika para penyelamat sibuk berusaha mengalihkan runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat-nya melalui celah-celah lubang runtuhan itu.

Tapi wanita tersebut dalam kedudukan yang begitu aneh, dia berlutut seperti seseorang yang sedang menyembah, tubuhnya condong ke depan, dan dua tangan yang mendukung satu benda. Runtuhan rumah itu telah menimpa punggung dan kepalanya.

Dengan bersusah payah, ketua kumpulan penyelamat meletakkan tangannya melalui celah-celah yang sempit di dinding untuk mencapai tubuh wanita itu. Dia berharap wanita ini masih lagi hidup.

Namun, tubuh itu dingin dan kaku menandakan bahawa wanita tersebut pasti telah meninggal dunia.

Ketua kumpulan penyelamat dan seluruh anggotanya lalu meninggalkan rumah itu. Namun kerana alasan tertentu, ketua kumpulan penyelamat itu tergerak hati untuk kembali ke rumah yang runtuh milik wanita malang tadi.


Ketua penyelamat ini lalu berlutut lagi dan menggunakan kepalanya melalui celah-celah sempit untuk mencari sedikit ruang di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, ia berteriak dengan gembira, “Ada anak kecil ! Ada anak kecil !”

Lalu seluruh kumpulan penyelamat bekerja bersama-sama, dengan hati-hati mereka mengangkat timbunan runtuhan di sekitar wanita yang sudah meninggal itu. Ada seorang anak kecil berusia 3 bulan terbungkus selimut bunga-bunga di bawah mayat ibunya.

Ternyata, wanita itu telah membuat pengorbanan untuk menyelamatkan anaknya. Ketika rumahnya runtuh akibat gempa bumi dahsyat itu, ia menggunakan tubuhnya untuk membuat penutup untuk melindungi anaknya. Anak itu masih tidur lena ketika ketua penyelamat mengangkatnya.

Para doktor datang dengan pantas untuk menyelamatkan anak kecil itu. Setelah ia membuka selimut, ia melihat sebuah hand phone di dalam selimut.

Ada pesan teks pada layar hand phone. Begini bunyinya, “Jika kamu dapat bertahan hidup, kamu harus ingat bahawa aku mencintaimu.”

Hand phone ini beredar dari satu tangan ke tangan yang lain dalam kumpulan itu. Setiap tubuh yang membaca pesanan si ibu malang tersebut menangis. “Jika kamu dapat bertahan hidup, kamu harus ingat bahwa aku mencintaimu.” Itu bermakna cinta ibu untuk anaknya hingga keakhir hayatnya.

Subhanallah. . . !

Sumber: FB Wan Mansor Wan Salleh


loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 3603961104003479726

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item