Mohon Sebarkan!! Bahaya Letak ‘Handphone’ Bawah Bantal Boleh Sebab Kebakaran
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2016/02/mohon-sebarkan-bahaya-letak-handphone.html
NEW YORK – Seorang anggota polis di Jabatan Polis New York (NYPD), memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak meletakkan telefon bimbit di bawah bantal semasa tidur.
Anggota tersebut telah memuat naik gambar-gambar yang menunjukkan bagaimana rupa alas katilnya terbakar menerusi laman sosial Twitter milik dirinya.
Gambar yang dimuat naik itu menunjukkan kesan-kesan terbakar setelah telefon yang diletakkan di bawah bantal menjadi terlalu panas.
Menurut laporan Daily Mail, pihak bomba negara itu sebelum ini pernah memberi amaran supaya tidak letak telefon yang sedang dicas di antara bantal dan katil.
Ini kerana ia boleh menyebabkan telefon tersebut menjadi panas dan mudah terbakar.
David Berardesca, Ketua Bomba dari Hamden, Connecticut, berkata kepada NBC, telefon perlu diletakkan di kawasan yang ada pengudaraan yang baik agar tidak menjadi terlalu panas.
Saranan itu dikeluarkan kerana terdapat kes seorang remaja berusia 15 tahun, mendapati katilnya dijilat api selepas telefon bimbit yang sedang dicaj terbakar.
Daily Mail juga melaporkan kejadian yang sama belaku pada Ariel Toffee, 13 tahun; yang melecur teruk apabila katilnya terbakar akibat telefon bimbit Samsung S4 yang dicas diletakkan di bawah bantal terbakar.
Gambar alas katil Ariel yang terbakar itu merupakan antara empat gambar yang dimuat naik NYPD ke Twitter. NYPD menyatakan, tweet yang ditulisnya itu merupakan amaran keselamatan umum, dan tidak ada kaitan dengan sebarang insiden tertentu. – MYNEWSHUB.CC
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI