Pemilik Kad Pengenalan Masih Hidup, Cerita Kejadian Bunuh Diri Sengaja Direka
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2016/02/pemilik-kad-pengenalan-masih-hidup.html
JITRA: Sejak beberapa hari lalu tersiar di laman sosial gambar kejadian bunuh diri melibatkan seorang ibu muda telah membunuh anaknya sebelum membunuh diri gara-gara kecewa dengan suaminya yang suka berfoya-foya dan kejadian sebenarnya berlaku di Utradit, Bangkok, Thailand.
Namun, ada sedikit perkara yang tidak enak didengar apabila berita berkenaan tiba-tiba ada pihak yang 'gatal' mereka cerita dengan memasukan dua keping gambar kad pengenalan dua warga Malaysia iaitu milik Nurulhuda Binti Juhari dan anaknya.
Berdasarkan keterangan gambar, ia seolah-olah mengatakan Nurulhuda merupakan wanita Thailand yang membunuh anaknya sebelum membunuh diri.
Memetik laporan Sinar Harian, Bapa kepada Nurulhuda, Juhari Othman, 62, menafikan gambar wanita dan kanak-kanak yang berlumuran darah itu bukan anak dan cucunya.
Beliau menyatakan kehairanan bagaimana gambar kad pengenalan anaknya boleh diviralkan bersama gambar berkenaan.
“Anak saya di tempat kerja dan cucu saya berada di rumah ketika saudara-mara menghubungi saya untuk kepastian mengenai gambar yang tersebar itu,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tok Jalai, Jitra, semalam.
Hasil carian Siakapkeli di laman sosial, gambar berkenaan masih ada sehingga kini di mana ia disebarkan oleh seorang wanita di mana posting berkenaan telah dikongsi sebanyak 5,249 kali dan disukai sebanyak 223 orang.
Keterangan gambar pula menyebut: "Seorang isteri menembak dirinya dan anak lelaki selepas bergaduh dgn (dengan) suami akibat terlalu mrh (marah) suami suke (suka) berfoya foya dgn (dengan) pmpn (perempuan) lain..."
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata, terdapat satu laporan penafian berhubung kes yang viral itu, oleh seorang lelaki berikutan didakwa berkahwin dan akibat tingkah lakunya, isterinya menembak anak mereka dan membunuh diri.
“Lelaki terbabit turut melaporkan bahawa gambar kad pengenalan dirinya turut dimuat naik di Facebook,” katanya.
Selain itu, lelaki berkenaan membuat laporan polis kerana untuk menafikan juga yang dia mempunyai hubugan dengan wanita yang didakwa sebagai isterinya dalam viral itu dan berhasrat ingin membersihkan namanya.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI