Tips Menarik

loading...

Punca Sebenar Dato Sri Najib hampir terkorban kerana helikopter rosak di Janda Baik, Pahang..


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sejak mula menjadi ahli Parlimen, beliau tidak sunyi daripada pelbagai ujian getir termasuk nyaris terkorban sewaktu helikopter yang dinaikinya mengalami kerosakan dan berpusing menyebabkan ia terpaksa melakukan pendaratan cemas di Janda Baik, Pahang, pada tahun 1987.



Datuk Seri Najib Razak menyifatkan perjalanan kerjaya politiknya sepanjang 40 tahun sejak 21 Februari 1976 lalu penuh dengan berliku dan sarat dengan kisah suka duka serta pelbagai asam garam kehidupan.
Perdana menteri berkata sejak mula menjadi ahli Parlimen Pekan sewaktu berusia 22 tahun 7 bulan pada 1976, beliau tidak sunyi daripada pelbagai ujian getir termasuk nyaris terkorban sewaktu helikopter yang dinaikinya mengalami kerosakan dan berpusing menyebabkan ia terpaksa melakukan pendaratan cemas di Janda Baik, Pahang, pada tahun 1987.

"Sepanjang 40 tahun sudah tentu banyak sekali yang saya terpaksa hadapi dan kalau Allah tak melindungi, mungkin umur saya tak panjang sampai hari ini. Saya pernah beberapa kali nyaris maut tetapi tidak ramai orang tahu.

"Salah satunya helikopter yang dinaiki nyaris-nyaris terjatuh di kawasan Janda Baik, namun Alhamdulillahlah saya selamat," katanya ketika berkongsi kisah suka duka sepanjang 40 tahun melibatkan diri sebagai orang politik.
Beliau membuka cerita itu ketika berucap selepas majlis tahlil, doa selamat dan solat hajat perdana sempena 40 tahun penglibatannya dalam politik dan pentadbiran kerajaan di Masjid Sultan Ahmad Shah, di Pekan malam ini.

Majlis anjuran Umno Bahagian Pekan itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Najib berkata beliau juga mengalami detik cemas apabila hampir terjatuh sewaktu bertukar bot ketika melawat kawasan di Pulau Tioman semasa Rompin masih berada di bawah Parlimen Pekan.

"Kereta yang saya naiki juga pernah kemalangan... terbalik sewaktu hujan. Ketika itu isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) sedang mengandung dan sedar-sedar sahaja kereta dimasuki air, namun Alhamdulillah kami selamat," katanya.

Justeru, katanya majlis kesyukuran malam ini memadai untuk menyambut ulang tahun 40 penglibatannya dalam politik kerana tanpa keredaan Allah, sudah pasti beliau tidak sampai ke tahap ini.

Najib turut menyifatkan hari ini sebagai hari yang penuh perasaan dan nostalgia bagi dirinya dan Pekan dipilih sebagai tempat untuk meraikan ulang tahun tersebut kerana di sinilah karier politiknya bermula.

Menurutnya tanpa bantuan dan sokongan orang Pekan beliau tidak mampu untuk bertahan sehingga kini.

Najib turut menyingkap rahsia semasa detik awal penglibatannya dalam politik, beliau sendiri tidak yakin dengan dirinya memandangkan usianya ketika itu yang baharu setahun jagung dan baharu pulang dari luar negara.

"Saya fikir nak bertanding atau tidak... ketika itu saya baharu sahaja bekerja selepas 8 tahun belajar di luar negara. Nak bercakap bahasa Melayu pun masih gugup, apa lagi nak berucap dalam bahasa Melayu, orang kata 'ketaq lutut'.

"Saya terpaksa belajar dari orang Pekan Lama dan di rumah kayu lama itu (rumah Allahyarham Tun Razak di Pekan) saya belajar segalanya," katanya.

Beliau mengambil keputusan menceburi bidang politik kerana hanya menerusi cara itu beliau dapat membantu rakyat yang susah dan miskin dan itu memberikan satu kepuasan peribadi kepada dirinya.

"Kepuasan yang mendalam dan menyentuh perasaan apabila saya dapat bantu orang yang benar-benar susah dan miskin serta memerlukan pertolongan sama ada wang, rumah, bantu mereka pergi haji atau dapatkan biasiswa untuk pelajar susah," katanya.

Sebagai ahli politik dan Anggota Parlimen Pekan, Najib turut melahirkan rasa bangga kerana banyak membantu melakukan pembaharuan dan pembangunan untuk negara termasuk untuk daerah Pekan dan Pahang khasnya. – Bernama, 21 Februari, 2016
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 1624878705036427817

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item