3 Sebab Mengapa Anda Tidak Akan Memakai Kasut Tumit Tinggi Lagi Selepas Ini
http://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/04/3-sebab-mengapa-anda-tidak-akan-memakai.html
Tahukah anda beberapa risiko dikenal pasti melalui kajian dilakukan pakar berkaitan pemakaian aksesori ini secara kerap.
Nampak 20 tahun lebih tua
Menurut kajian terbaru Universiti Stanford University, Amerika Syarikat, kasut tumit tinggi dipercayai boleh mempercepatkan penuaan hingga 20 tahun lebih awal apabila penyelidik menilai bagaimana seorang wanita dengan fizikal sihat berjalan sambil memakai kasut yang tinggi berbeza-beza.
Responden wanita diminta memakai kasut kasual atau sneakers bertapak rata, kasut bertumit tinggi empat sentimeter (sm) dan 8sm selain diminta berjalan dengan mengenakan rompi (jaket) seberat 20 peratus daripada keseluruhan berat badan mereka.
Gerak tumit responden diamati ketika mereka berjalan dan berdiri, maka hasil penemuan yang diterbitkan Journal of Orthopaedic Research ternyata cukup memeranjatkan ramai pihak khususnya golongan wanita seluruh dunia.
Posisi kaki berbeza daripada biasa
Dalam kajian sama, kumpulan saintis tulang turut mendakwa, pencinta kasut tumit tinggi atau ‘stiletto heels’ akan mengalami kedudukan tumit dengan mudahnya beralih hingga berubah bentuk apatah lagi ketika kaki menyentuh lantai.
Keadaan ini mampu membuatkan lutut si pemakai menjadi tegang dan kaku, sehingga cara berjalan menjadi seperti warga emas atau seolah-olah mengalami penyakit tulang rapuh artritis. Situasi menjadi lebih buruk apabila si pemakai memiliki berat badan berlebihan.
Berat berlebihan risiko tinggi
Tubuh wanita yang berat badannya lebih akan menekan sendi di bahagian kaki, sekali gus lutut yang tegang dan kaku mewujudkan pelbagai masalah apabila berjalan. Malah, pemakaian kasut tumit tinggi dengan berat badan berlebihan boleh menyebabkan peningkatan risiko ke atas tubuh.
Saintis bagaimanapun merumuskan, tidak ada masalah mengenakan kasut tumit tinggi untuk menghadiri acara formal tertentu, tetapi adalah lebih baik jika tidak terlalu sering memakai kasut jenis ini dan diganti dengan kasut tapak lebih rata.
Selain daripada risiko dan faktor penuaan lebih awal, kajian ini lebih merujuk kepada keutamaan menjaga kesihatan dan keadaan fizikal. Tidak salah bergaya tapi perlu tahu had dan impak selepasnya.
Nota editor : Boleh tak kalau kami kata mereka yang memakai high heels ni umpama mereka yang menghisap rokok? Sudah tahu memberi mudharat tetapi masih lagi berdegil. Mohon sebarkan dan tag kawan-kawan hantu tumit tinggi.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI