'Cikgu Azmi' Tidak Mengaku Salah Hari Ini. Namun, Hasil Siasatan Rekod Sangat Mengejutkan.
http://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/04/azmi-tidak-mengaku-salah-hari-ini-namun.html
Cikgu Azmi didakwa atas empat tuduhan di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.
Dalam tuduhan pertama di Mahkamah Majistret 2, Azmi Mat Mokhtar, 54, didakwa menyebabkan kerosakan kereta Perodua MyVi milik Sharifah Fara Difla Syed Fareid, 28, dalam kejadian kira-kira 3.30 petang, 29 Mac lalu di sebuah stesen minyak di Seksyen 7.
Dalam tuduhan kedua, ketiga dan keempat pula Azmi didakwa menumbuk dan menyebabkan kecederaan kepada tiga beradik iaitu Sharifah Fara Difla; Sharifah Fara Afzan, 27, dan Sharifah Fara Ryyana, 24.
Bagaimanapun Azmi mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan. Mahkamah menetapkan 23 April ini untuk sebutan semula kes.
Untuk tuduhan pertama Azmi didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) yang boleh dihukum penjara setahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat Azmi didakwa di bawah Seksyen 323 KK yang boleh dihukum penjara setahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya.
Untuk tuduhan pertama, Majistret Ellyana Razali menetapkan jaminan RM2,500 manakala bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin menetapkan jaminan masing-masing RM1,500.
Itu Yang Terkini Di Mahkamah Siang Tadi, Namun Hasil Siasatan Lanjut:
Hasil siasatan lanjut, mendapati pemandu teksi dalam kes 'amuk' ini, pernah terlibat dalam kes buli dua tahun lalu.
Menerusi sumber, menemui laporan polis yang dibuat pada tahun 2013 oleh seorang mangsa, juga di balai polis Shah Alam.
Menurut mangsa 19 tahun, pemandu teksi terbabit, Azmi Mokhtar tiba-tiba memasuki laluan secara mengejut sehingga memaksanya untuk brek.
Mangsa kemudian membunyikan hon kepada Encik Azmi, yang seterusnya bertindak bersaing dengan mangsa dan mengeluarkan kata-kata kesat. Ia tidak terhenti di situ.
Baca laporan penuh yang kami temui di bawah:
Encik Azmi juga telah mengugut mangsa sehingga mangsa membuat laporan kedua untuk perlindungan keselamatannya
Selain membuat laporan kemalangan kepada polis trafik, mangsa yang sama juga telah melaporkan ugutan Encik Azmi terhadapnya kerana terdengar ugutan Azmi yang suruh beliau berwaspada kerana dia akan "lakukan sesuatu".
Mangsa yang ingin melindungi keselamatan dirinya dan keluarganya mengaku takut kes "dibunuh, dilanggar lagi" dan fobia untuk memandu setelah insiden itu berlaku.
Baca laporan penuh kedua:
Persoalannya, jika apa yang dilaporkan kepada polis ini benar, kenapa Encik Azmi masih lagi dibenarkan memandu teksi?
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI