IMAM MASJID NEGARA NASIHAT JOHAN RAJA LAWAK
http://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/04/imam-masjid-negara-nasihat-johan-raja.html
IMAM MASJID NEGARA NASIHAT JOHAN RAJA LAWAK | Tindakan Johan Raja Lawak yang mencium isterinya, Ozlynn Watie di khalayak umum sewaktu diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Lelaki Popular di anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) 2014 di Arena Of Stars Di Genting Highlands mengundang kontroversi.
Imam Masjid Bukit Aman, Ustaz Hassan Al Fadhli Abd Rahman menyatakan secara asasnya hukum suami mencium seorang wanita yang sah bergelar sebagai isteri tidak menjadi kesalahan. Namun, hukumnya berbeza apabila dibuat secara terbuka.
Jelasnya, perkara sedemikian haruslah disembunyikan daripada pengetahuan umum kerana terdapat segelintir penonton dalam acara tersebut yang belum berkhawin.
“Kita juga harus menutup fitnah yang akan disebarkan oleh orang ramai kerana bukan semua orang tahu wanita itu (Ozlynn) adalah isteri Johan,” katanya sewaktu dihubungi Free Malaysia Today bagi mendapatkan penjelasan perkara itu.
Bukan itu sahaja, Hassan turut menasihati agar Johan dan isterinya supaya melihat suasana dan keadaan sebelum melakukan sebarang aksi kerana hukum fekah berubah mengikut keadaan.
“Contohnya sewaktu di rumah, isteri boleh mempamerkan auratnya kepada suami kerana pada waktu itu tidak ada orang lain selain suaminya. Namun sewaktu di luar rumah, isteri harus menutup auratnya agar tidak dilihat oleh orang lain.
“Begitu juga, cium di rumah boleh kerana tidak ada orang lain, tetapi depan orang ramai tidak boleh walaupun cium itu halal bagi suami dan isteri,” katanya.
Read more: http://ohmy-gummy.blogspot.com/2015/04/imam-masjid-negara-nasihat-johan-raja.html#ixzz3Ww7K76iL
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI