(GAMBAR) Lelaki Ini Kembara Selama 18 Tahun Untuk Mecari Anaknya Yang Hilang
http://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/04/gambar-lelaki-ini-kembara-selama-18.html
Seorang bapa berusia 45 tahun yang berasal dari China, Guo Gantang sanggup menghabiskan masa selama 18 tahun di jalanraya demi mencari anak lelaki yang telah hilang semenjak 21 September 1997.
Pengalaman pahit berlaku apabila anaknya berusia dua tahun, Guo Zhen telah diculik dari pintu hadapan rumahnya di Liaocheng, Wilayah Shandong.
Menurut seorang gadis kecil yang bermain dengan anaknya pada kejadian itu, Zhen telah disambar oleh seorang wanita berusia lingkungan pertengahan. Sejak dari tarikh itu, Guo kecewa lalu mendedikasikan hidupnya untuk mencari anaknya.
Setakat ini, Guo telah mengembara lebih dari 400,000 kilometer ke semua wilayah China Xinjiang kecuali Tibet dengan menggunakan lebih daripada 10 motosikal sesama pencariannya.
Guo telah menjadikan gambar lama anaknya sebagai bendera beserta beberapa maklumat dengan harapan seseorang mungkin mengenali Guo Zhen.
Daripada seorang lelaki yang kacak dan bergaya, Guo Gangtang kini kelihatan lebih tua dengan kedut serta kotoran kerana banyak menghabiskan masa menunggang motorsikal di jalanraya.
Mata layunya telah menceritakan segala kesedihan dan kemurungan yang beliau alami selama hampir dua dekat. Keluarga Guo tidak pernah mengambil gambar keluarga sejak tragedi penculikan itu.
Malangnya, walaupun sudah berusaha selama belasan tahun Guo masih lagi tidak berjaya menjejaki anak kesayangannya. Namun demikian, Guo seolah-olah satu rahmat bagi ibubapa lain yang turut kehilangan anak kerana berpuluh-puluh anak berjaya kembali ke pangkuan keluarga dengan pertolongannya.
Guo menceritakan bahawa pernah satu ketika dia mempunyai kurang dari 5 sen dalam poketnya, tidak cukup untuk membeli makanan sendiri namun tetap tidak berputus asa untu terus mencari anaknya.
"Saya sentiasa memberitahu diri saya sendiri, 'mungkin esok Guo kembali,' tetapi 'esok' masih belum datang," katanya.Guo hanya bimbang apabila rumah lamanya dirobohkan semasa dia berada di jalan raya, dan anaknya tidak akan mempunyai apa-apa untuk dikenalpasti apabila dia kembali suatu hari nanti.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI