Tips Menarik

loading...

Bagai sudah tahu ajal menjemput

KUALA PILAH - “Andai eck (esok) aq (aku) pergi…aq (aku) ingin mntk maaf…mntk ampun at korang semua…lgi2 org yg aq syg…eck (esok) ble aq (aku) xde korang tlg sedekah al-fatihah untk aq (aku) ye…and doa kan aq (aku) sentiasa brade di kalangan org2 y beriman ye…”.
Itu kata-kata terakhir mangsa kemalangan maut, Muhammad Hazany Zham Hazmy, 17, di aplikasi Wechat miliknya.
Kata-kata itu dimuat naik waktu pagi sebelum mangsa kemalangan jalan raya bersama sahabat karibnya, Ahmad Nor Asri Mohd Nor, 15 di Kilometer 32 Jalan Seremban-Kuala Pilah berhadapan kedai makan D’Bamboo, Tanjung Ipoh jam 5.45 petang kelmarin.
Difahamkan, Allahyarham Ahmad Nor Asri baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada 20 Julai lalu.
Bagi bapa kepada mangsa Ahmad Nor Asri, Mohd Nor Sumia, 50, selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang kampung jam 6.15 petang, dia bergegas ke lokasi kejadian bersama rakan sekerja dari Pekan Pilah.
“Hati saya sudah berdebar-debar selepas terima panggilan. Bila tiba di lampu isyarat Ampang Tinggi, jalan jem. Memang kenderaan tidak boleh bergerak. Saya nekad terus keluar dari kereta rakan, berlari sejauh kira-kira dua kilometer untuk pergi ke tempat kemalangan. Memang waktu itu, saya hanya fikirkan anak saya.
“Bila lihat kain putih menutup mangsa, luluh hati saya, dan memang tidak diduga, bila singkap kain putih, betul itu anak saya. Saya tidak terkata, hanya mampu melihat Asri terbaring di atas jalan raya,” katanya ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), semalam.
Kata Mohd Nor yang lebih mesra dipanggil Alang, Allahyarham keluar rumah petang kelmarin dalam keadaan tergesa-gesa, namun sempat menoleh ke belakang melihat muka ibunya, Zainun Mansor, 44.
“Mungkin dia dapat rasa, dia akan pergi. Jadi dia sempat menoleh melihat muka ibunya sebelum keluar bersama rakan karibnya, Muhammad Hazany. Arwah merupakan anak bongsu tiga beradik. Kakaknya berusia 23 tahun dan abangnya, berusia 21 tahun. Masing-masing melanjutkan pelajaran dan hanya tinggal arwah sahaja di rumah.
“Memang saya rapat dengan arwah. Arwah pun suka tolong orang, kalau ada kenduri-kendara di kampung, dia akan bantu mana yang patut. Semua orang kampung kenal arwah dek sikap rajinnya itu. Dia pun, kalau waktu subuh, sering pergi ke masjid,” katanya.
Namun kata Mohd Nor, dia tetap reda di atas pemergian anak kesayangannya itu kerana ALLAH SWT lebih menyayanginya.
Kedua-dua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Kampung Talang sebelum solat Zohor selepas disolatkan di Masjid Kampung Talang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, mangsa dalam perjalanan dari pekan Kuala Pilah ke rumah masing-masing di Kampung Kok Talang, Tanjung Ipoh.
“Setibanya di lokasi kejadian, penunggang dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya namun gagal memotong dan bergesel dengan kenderaan terbabit.
“Kedua-dua mangsa jatuh dan pada masa yang sama sebuah kereta dipercayai sebuah Perodua Myvi dari arah sama melanggar mangsa. Myvi itu telah meninggalkan lokasi selepas kemalangan.
“Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan serius di bahagian kepala,”katanya.
Menurutnya, kedua-dua mangsa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abd Samad.
“Kedua-dua mayat mangsa di hantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini, untuk dibedah siasat jam 9 pagi semalam.
“Selesai bedah siasat, jenazah diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya.
Bagaimanapun, kata Azmi, meminta orang ramai yang melihat kejadian itu supaya menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.
“Saksi kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai penyiasat, Inspektor Kusmass Enos, cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Kuala Pilah di talian 06-4842222 bagi membantu siasatan.
“Kes ini disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
~ sumber SINAR HARIAN
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 1855862737648054380

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item